Monday 28 September 2015

Pembinaan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi

Masjid Al-Umm yang dibina di Bandar Baru Bangi sepatutnya telah siap pada Mei 2015. Walaubagaimanapun, kekangan modal menyebabkan pembinaan tergendala. Masjid ini masih memerlukan sekitar RM7 juta untuk menampung kos bagi menyiapkannya. Kos keseluruhan dikhabarkan mencecah RM18 juta

Masjid ini berhampiran dengan Sekolah Bandar Baru Bangi.. Pasar Bandar Baru Bangi... Surau An-Nur dan Darussyifa' Bandar Baru Bangi kendalian Tun Guru Dato' Dr. Harun Din

Sesiapa yang ingin menyumbang bagi pembinaan masjid ini bolehlah menghulurkan sumbangan melalui no akaun dibawah...atau tabung-tabung di Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi

MAYBANK - No. Akaun: 5628-3460-7208
Nama akaun:Tabung Masjid Al-Umm

BANK ISLAM - No. Akaun: 12-029-01-007126-9
Nama akaun:Tabung Masjid Al-Umm


Jika anda memerlukan maklumat lanjut, boleh e-mail @ hubungi nombor berikut:

Pejabat @ HP:  03-8920-1791,  012-684-7906,  019-669-7454,  019-2383944

E-mail: masjidalummbbb@gmail.com

Berikut gambar Masjid yang masih dalam pembinaan ini pada 26 September 2015 (Raya Haji ke-3)





Thursday 17 September 2015

From Euro 2M to Euro 4M

Effectively...September 2015...

Baru-baru ini pergi isi minyak petrol di stesen minyak Shell. Sambil tunggu pum memindahkan minyak kedalam tangki kereta mata tu tengok la pada nozzle RON 97. Eh...something different.

Ada pelekat Euro 4M

Adehhh...dah lama tak isi RON 97..lupa dah yang RON 97 versi Euro 2M dah diupgrade kepada Euro 4M

Apa dia Euro 4M ni? Ada macam pertukaran mata wang RM kepada Euro ka? Euro ni adalah "Emmission Standard" atau kita panggil piawaian pelepasan asap ekzos kenderaan di negara ahli Kesatuan Eropah (EU).

Apa beza Euro 4M dengan 2M? Bezanya mestilah kuantiti pelepasan bahan-bahan dalam asap ekzos tu seperti kandungan sulfur, benzene dan reid vapour pressure (RVP)

Kiranya asap RON 97 Euro 4M ni lebih bersih, kurang pencemaran dan selamat lah berbanding Euro 2M sebelum ni

Contohnya jumlah sulfur dari 500 ppm menurun kepada 50 ppm.... Vapour pressure dari sekitar 70 kPa menurun kepada 60-65 kPa. Sementara itu kandungan benzene dari 5% menurun kepada 1-3%

Lebih selamat untuk bumi tapi bukan bermaksud anda boleh makan pula asap tu.... ;-)

Tapi ingat...RON 97 je...bukan RON 95 ye.....



Monday 7 September 2015

Pembayaran Elektronik di Plaza tol Gombak dan Bentong mulai 9 September 2015

Bermula 9 September 2015 ini Plaza tol Gombak dan Plaza tol Bentong akan melaksanakan sistem pembayaran tol menggunakan aplikasi elektronik sepenuhnya.

Maksudnya..HANYA TOUCH & GO dan SMART TAG akan diterima...

Tiada lagi bayaran secara tunai....

Jadi pengguna kena la beli kad Touch & Go.. Atau boleh reload dalam ic bagi pemilik MayKad versi terkini (ada logo Touch & Go kat belakang ic)