Monday 28 January 2019

Jalan tar cair

Baru-baru ni cuaca panas melanda.. suhu pun meningkat kepada 40°c... ada sesetengah tempat suhu naik menghampiri 50°c.

Disebabkan suhu yang panas ni maka jalan raya... jalan tar telah mencair... cair bohhh... ini menyebabkan tayar kenderaan yang lalu atas jalan tu rosak.. sangkut dan macam-macam hal lagi lah...

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Australia

Tuesday 22 January 2019

Tayar Honda BRV

Kali ini aku nak cerita pasal tayar kereta Honda BRV

Kereta Honda BRV ni tayar asal / stock tyre dia adalah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16. Jadi kalau nak tukar tayar dan nak guna saiz asal (195/60/R16) ni harapannya pada Bridgestone saje la setakat ini. Jadi nasihat yang boleh diberikan ialah: 

1. Kekal rim asal dan carilah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16.
2. Kekal rim asal dan tukar saiz tayar kepada 205/55/R16 (recomended) atau 205/60/R16 (masih kurang pilihan tayar)
3. Tukar rim lain yang berkenan dan pilihlah tayar yang berkenan




Dalam kes kali ini... aku pilih nasihat ke-2 iaitu tukar saiz tayar sahaja kepada 205/55/R16. Lebar sedikit dan tinggi kurang. Banyak juga pilihan seperti Goodyear, Yokohama, Kumho, Toyo, Michelin. Tanya selera dan keupayaan poket sahaja nak tayar yang mana... hihihiii...

Tempohari aku tanya di kedai di Kuantan ni... Goodyear dalam RM280.. XM2 dalam RM340... Hihihii...

Pengalaman kereta yang pernah dimiliki...aku pernah pakai Bridgestone Potenza.. Goodyear NCT5, Goodyear Excellence, Kumho Ecsta PS31, Toyo Eco Plus... agak-agak tayar mana paling best? Nanti lah ada masa aku cerita...

Ok... Semoga bermanafaat dan membantu pada pemilik Honda BRV