Showing posts with label Malang. Show all posts
Showing posts with label Malang. Show all posts

Monday, 19 September 2016

Kemalangan Alza dan Perdana di Sekinchan Selangor 19 September 2016

Tarikh/Hari : 19 September 2016 / Isnin pagi

Lokasi : Jalan Klang - Teluk Intan, Taliair 4, Sekinchan Selangor (berhampiran premis Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Kenderaan : Proton Perdana & Perodua Alza

Mangsa :

Alza: Pemandu - Mohd Faizuri Ibrahim (33) meninggal dunia.

Perdana: 

Pemandu Anuwar Daud (33) cedera
Isteri Norazila Kamarudzaman (28) cedera, 
Anak no. 1 & 2 kritikal
Anak no. 3 cedera
Anak no. 4 Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar (Bayi meninggal)

Takziah untuk mereka yang kehilangan ahli keluarga. 

Sinopsis pendek: Pemandu Alza hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan. Waktu itu hujan agak lebat

Al-Fatehah buat Arwah Cikgu Faizuri SMK Dato Haron Tanjung Karang dan bayi kepada En Anuwar JPS

 Pemandu Alza - berbaju biru

Pemandu Perdana yang cedera

Sumber gambar: Whatsapp, FB I Love Sungai Besar, Bomba & Penyelamat Sekinchan, Amy Black Sepet, Alang Gsr, Koo Tan Bo

Monday, 15 August 2016

Touch n Go Reload !

Sesudah subuh....golekan tayar memulakan perjalanan ke kampung halaman...

Semak baki kad Touch n Go...hmmm....kurang nih..nak kena topup ni...

Melintasi stesen minyak Petronas batu 12, tempat biasa untuk aku mengisi kad Touch n Go ni...tapi kali ini memutuskan untuk mengisi di plaza tol.

Sampai plaza tol Gambang...

"Kak nak topup!"

"Tak buka lagi encik...jam 10 pagi baru boleh topup"

Erkkk....pulakkkkk....ada waktu pulak ye??? Hadoiiiii....Jadi untuk alternativenya ambil la tiket tol

Singgah di Shell sebelah RnR Temerloh...

"Nak topup Touch n Go..."

"Maaf Encik, sistem offline lagi" jawab Bangla yang bertugas

Erkkkk....sekali lagi....memang kecewa sangat-sangat...

Meneruskan perjalanan....nak berhenti di hentian Lanchang.....sekali tengah renovation pulak...hadoiii....maka teruskan perjalanan...bayar tunai di tol Karak... exit ke Karak mencari gerai untuk sarapan...hehee...lupa sekejap kekecewaan Touch n Go.

Baki dalam kad tu sebenarnya cukup untuk tol Bentong dan Gombak..cuma kalau nak tambah dengan LPT punya tak cukup la...so aku teruskan perjalanan....sebab baki tadi cukup maka aku tidak mencuba nasib di lorong reload di tol Bentong...

Ada urusan "qada' hajat"di hentian Gombak...berhenti sekejap...sekali ada pulak mesin reload Touch n Go yang macam mesin ATM tu... aku kalau nak reload pakai mesin ni agak was-was sikit...sebab kalau mesin tu telah duit dan tak memberikan hasil yang diharapkan bukan ke haru....aku pernah tengok satu brother tu nak topup kredit henpon pakai mesin macam tu dulu...duit telan...topup tak dapat...puiii

Aku cuba la juga sebab dah 2 kali kecewa...So aku cuba mesin itu dengan menyemak baki dahulu sebagai langkah berjaga-jaga adakah mesin itu ok atau tidak. Ok...mesin memberikan jumlah yang betul.. Ok maka bermulalah 20 saat yang begitu pantas untuk aku topup kad tu...

Dan akhirnya....BERJAYA !!! Yahoooooooo.... cuma aku tak melompat-lompat je kat situ... Hahahaaa

Mesin itu sangat membantu...cuma pengguna perlu bersedia dengan kad dan duit sebab dia ada sediakan timer, kena ikut timer tu....sebelum guna ada pesanan-pesanan dari mesin tu seperti kalau duit kena telan tapi topup tak dapat dan lain-lain...

So....kekecewaan aku dah terubat....

Home sweet home...........

Tuesday, 12 July 2016

Catatan Raya 2016

Cuti Hari Raya Aidlfitri tahun 2016 agak panjang bagi kebanyakan orang...9 hari tu... bermula dari 2 Julai sehingga 10 Julai 2016...

Aku memulakan golekan tayar untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Besar sesudah Subuh 27 Ramadhan 1437. Menelusuri Jalan Gamabang - LPT1 - Karak - Gombak - MRR2 - Selayang - Rawang - LATAR - Exit Puncak Alam ikut jalan lama - Ijok - UNISEL/Tiram Jaya - Potong Kebun Sawit - Jalan Tepi Terusan a.k.a Jalan Khir Toyo - Sampai kampung halaman...

Nampak macam complicated kan laluan aku? Tak apalah jauh.. Itulah demi kelancaran perjalanan dari tersengguk dan maki-maki dalam kesesakan... Selagi ada alternative...kita gunakan...

2 hari bertapa kat Sungai Besar, sempat jugak la mengasah skill mengopek kelapa yang dah berkarat ..kahkahkah. Kunjungan ke Pasar Basah @ Market Sungai Besar juga menampakkan ada peningkatan harga bahan mentah... Kerang? Kerang biji RM7/kilo. Kerang plastik / dah siap kopek RM14/kilo.

Isnin aku menggolekkan tayar ke destinasi seterusnya...Kajang. Jalan Sabak Bernam - Kuala Selangor - Meru - Setia Alam - SKVE - Kajang semuanya lancar. Tiada kesesakan!!

Selasa.. berkunjung ke Pasar Basah nak beli bahan untuk buat Lodeh... Gerai yang paling top, hangta, laris, berbaris adalah gerai yang menjual santan... mujur aku dah bawak kelapa dari kampung maka tak payah la aku nak turut masuk barisan...parut sendiri je la...gerai yang jual ayam agak suam-suam je pelanggan...siap panggil-panggil pelanggan lagi..

Waktu yang sama..cerita sebaliknya berlaku di Market Sungai Besar. Ramai yang mengeluh kerana tak dapat beli kerang mahupun ayam. Kehabisan stok!!! Sampai Kuala Selangor kehabisan stok katanya... Pehhh...

Kerang biji pun berubah harga dari RM7 kepada RM10/kilo. Kerang siap kopek pun naik jadi RM16/kilo..

Raya pertama...raya kat umah mertua..Solat Sunat Aidilfitri di Surau Al-Ehsan... Pastu gi raye kat umah sedara..

Khamis... return back to Sungai Besar..ikut jalan biasa sahaja... Alhamdulillah hanya ada sedikit kesesakan biasa di Pekan Tanjung Karang..boleh bertahan..Maka berayalah di rumah saudara mara dekat kampung hari itu...

Jumaat... jauh sikit... Kampung Tebuk Mufrad aje... Terjumpa pulak Fathudin dengan Wak Toha (ex-Telekom Sabak). Singgah Solat Jumaat dia Masjid Badli Shah Parit 6. Memang pack giler sebab ramai orang balik kampung.. Ada juga yang balik sebab tak dapat tempat nak solat

Sabtu... Kenduri perjumpaan waris-waris Mat Saman... kali ini tak ramai yang dapat hadir atas urusan masing-masing... Kari kambeng tu power la Pak Din dan Pak Su

Sabtu petang... Back to Kajang... ingat nak ikut jalan biasa...sekali sampai simpang Sungai Sireh dah jemm.... maka mengambillah alternativ jalan Khir Toyo...hehee... masuk Ijok - Jalan lama - Guthrie - SKVE - Kajang

Sempat lagi ziarah rumah Abang Long malam tu...

Ahad... lebih kurang jam 10 pagi memulakan perjalanan ke Kuantan... MRR2 ok! Sampai susur keluar MRR2 ke tol Gombak tiba-tiba jemm... Apadahal? Rupenye ada En Baju Putih tahan kenderaan... ok..done

Tol Gombak nampak agak lengang dari kedua-dua arah... rasa macam tak percaya kerana biasanya yang dari pantai timur tu sesakkkk

Gombak to Kuantan jalan clear...arah sebaliknya (pantai timur to KL) bermula dengan ceria di tol Gombak...tapi kisah ngeri terpampang bermula di Bukit Tinggi... sedikit demi sedikit..panjang nye jemmmm...kasian orang yang nak balik ke KL...setakat tengahari Ahad tu, jemm bermula dari hentian Lanchang sehingga Bukit Tinggi... korang boleh bayangkan berapa KM tu? Berapa lama nak sampai? Jemm dari tol Karak tu bersambung dengan tol Bentong...aduhai..

Tol Karak menuju Bentong

Sebelum memasuki tol Karak

Susur keluar ke tol Gambang dari arah Kuanran, Kemaman

Sampai exit Gambang ada kesesakan bagi mereka yang dari arah Kemaman/Kuantan yang nak masuk ke Gambang... Malam tu katanya lebih teruk... Sampaikan jalan Gambang Kuantan tu jemm kat hot area iaitu lampu isyarat simpang 3 Jalan Pancing/Jaya Gading...panjang jugak..ada yg tersekat 30 minit...jam 10 malam pun tak reda lagi...

Penat...tido je la...

Senin kije....bye

Thursday, 12 November 2015

Tanah Runtuh KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

Semalam petang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) berhampiran kawasan Hutan Lipur Lentang.

Laluan kenderaan dari kedua-dua arah telahpun ditutup akibat terhalang dari banjir dan tanah runtuh yang berlaku

Bagi mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Pantai Timur... anda dihasihatkan untuk mengikuti jalan dalam / laluan alternatif

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya)

1. LPT1 - Kelauar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

2. Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

3. Kuantan - Muadzam Shah - Kuala Pilah - LEKAS - Kuantan (ni jalan aku waktu banjir tahun lepas..)

Pengguna yang sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong:

1. Buat pusingan U sebelum/dekat Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

Pengguna dari Kuala Lumpur yang sudah terlepassampai Lentang:

1. Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1

Saturday, 1 March 2014

Pelajar UiTM maut dalam kemalangan di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak

Hari ni perjalanan aku dari Kuantan menuju ke Bandar Baru Bangi menyaksikan beberapa kejadian kemalangan kenderaan. Aku ceritakan sebahagian...

Selepas terowong Karak, di kawasan 'gear rendah' terdapat sebuah treler yang membawa 'mini tank' telah tergolek di lorong paling kanan.

Depan lagi..berhampiran Stesen Penguasa JPJ Gombak sebuah Subaru Impreza bewarna hitam pula sudah 'tidur mengereng' di tepi jalan. Satu bahagian tingkap sisi menghadap tanah dan satu lagi menghadap langit.

Depan lagi.. Aku nampak sebuah motosikal yang agak 'hancur' di tepi jalan..

Dalam berita TV tadi ada kisah kemalangan sebuah motosikal di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak. Apabila aku amati rupa-rupanya kejadian itu adalah motosikal yang aku tengok 'hancur' tadi. Menurut berita, mangsa bernama Muhammad Izzuddin Md Asran berumur 22 tahun dari Janda Baik Pahang dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.

Menurut sumber, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang lampu jalan. Mangsa tercampak ke dalam longkang berhampiran dan maut ditempat kejadian.

Takziah buat keluarga mangsa

Tuesday, 10 December 2013

Kuantanku..Sekali Reda Bah..Sekali Bermula Langkah

Semalam aku di Barat Semenanjung...Hari ini menyelusuri Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur aku kembali ke Pantai Timur..Kuantan..Tempat ku mencari rezeki sekarang ini.

Gambar sekadar hiasan - sumber fb Kuantan / Rosnizam Mat

Masuk hari ke-8 dalam musibah banjir kali ini, Alhamdulillah keadaan bertambah positif, banjir sudah surut walaupun belum reda sepenuhnya..

Sebahagian mangsa banjir sudah mula pulang ke rumah masing-masing mengemas.. menilai.. membasuh.. membuang.. apa sahaja yang dapat dilakukan.

Melalui jalan Kuantan-Gambang, di batu 12 dan 13 kerja-kerja membaiki jalan dan menurap semula jalan yang rosak akibat banjir giat dijalankan. Melalui Taman Tas, longgokaan sampah bertambah besar dan semakin melebar. Ada penduduk yang membakar sampah berkenaan bagi mengurangkan kapasitinya.

Longgokan sampah paling banyak di tepi jalan besar aku rasa di kawasan Permatang Badak..dekat-dekat kawasan Bengkel Bas MARA Liner..memang kiri-kanan bahu jalan adalah longgokan sampah sahaja..baju seluar majalah buku barangan elektrik berloggok di sana sini. Kalau masuk ke jalan-jalan sebelah dalam lagi la banayak...

Kerja-kerja pembersihan parit di sekitar perkampungan Sungai Isap giat dijalankan. Masih terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan.. Mungkin kerana air belum surut, ada yang rosak, ada juga yang pancit.

Menyelusuri jalan Kuantan-Pekan, menyaksikan keladi air yang sebelum ini berada di dalam parit kini berada di celah-celah pembahagi jalan di hadapan KIPSAS. Pagar batu KIPSAS yang baru dibina di tepi padang bola juga runtuh sebahagian besarnya.

Terdapat pencawang elektrik (PE) jenis padat yang pagarnya roboh sedikit dah PE nya tersenget..orang kampung aku cakap 'tabulangkir'..

Kawasan Inderapura juga tak kurang banyak sampahnya...diletakkan di hadapan rumaah masing-masing

Singgah sebentar di Indera Sempurna.. Parit berhampiran Fasa 3A sudah dikorek..dibersihkan.. namun, parit yang kat tepi jalan besar tu tak ada pulak dibersihkan...emm...

Banjir...musibah bagi mangsa..rezeki bagi sesetengah yang lain..

Peniaga-peniaga mendapat pelanggan yang bertambah..namun ada juga yang dikhabarkan cuba mengambil kesempatan..tepung gandum berharga RM2.80 dijual pada harga RM3.80...erkkk..

Bengkel-bengkel kenderaan juga penuh sesak dengan kenderaan yang terkena banjir

Pemilik lori juga tak menang tangan dalam membantu mengangkut sampah-sampah. Ada juga yang mengangkut barang-barang..rasanya nak pindah terus tu..

Pengutip barang-barang terpakai..barang lusuh juga mula mengerumuni tempat-tempat longgokan sampah.. mana tau ada yang boleh mereka tukarkan kepada RM.. atau jadi bernilai..

Terima kaseh pada semua pihak yang datang membantu mangsa banjir di sini... Ada yang datang dari dekat.. Ada yang datang dari jauh... Ada yang aku nampak mereka melupakan pendirian warna bendera politik masing-masing dalam membantu mangsa...Siap jadi geng pulak tu... Yang aku tak nampak jangan tanya aku....Jasa dan pengorbanan kalian.. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang baik...

Cuma....aku ralit sikit bila aku di UTM tadi, orang-orang yang jauh dari musibah ni cerita pasal beberapa perkara... Sebenarnya itu adalah berita palsu... Haishhh.. berjaya juga pihak yang menghebahkan berita tu meyakinkan orang-orang yang jauh dari bencana ini... Baca boleh, nak percaya kena selidik dulu..

Semoga keadaan semakin bertambah baik....

Friday, 6 December 2013

3 Kereta Mewah Terbakar di Highway PLUS

Umak ai....laju bebenor nih...Diberitakan 3 kereta mewah jenis Lamborghini terbakar di KM260.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan susur masuk Plaza Tol Port Dickson sekitar jam 9.40 pagi tadi.

3 Lamborghini berkenaan dipandu secara berasingan oleh warga Singapura dalam perjalanan ke Kuala Lumpur katanya. Lamborgini berwarna hitam dikatakan telah hilang kawalan..terbabas..dan merempuh pembahagi jalan. Akibat dah laju bebenor..2 lagi Lamborghini gagal mengelak lalu terus je merempuh kereta kawan mereka yang dah terbabas tu. Ketiga-tiga pemandu berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta mereka terbakar.

Video 3 kereta mewah terbakar sila klik sini

Berikut adalah gambar-gambar berkenaan kejadian kereta mewah Lamborghini yang terbakar tu...

Yang seterusnya ini gambar-gambar dari laman sosial Puchong Bikers

Sumber cerita/gambor : Sinar Harian/TV3/Daily Traffic Report/Puchong Bikers
iga warga Singapura nyaris maut apabila kereta jenis Lamborghini yang dipandu mereka secara berasingan berlanggar dan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Seremban siang tadi.

Kejadian berlaku ketika konvoi dari negara jiran itu menuju utara.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi di kilometer 260.1 Lebuh Raya Utara Selatan di susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson.

Kejadian dipercayai berlaku apabila salah sebuah dari kereta mewah yang berada di hadapan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Dua buah lagi kereta rakannya yang berada di belakang melanggar tidak sempat mengelak dan melanggar kereta yang terbabas itu.

Ketiga-tiga pemandu kereta mewah ini sempat keluar dari kenderaan masing-masing sebelum api marak dan merebak di ketiga-tiga Lamborghini ini.

Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Senawang dan Seremban, bersama 12 anggota mengambil masa 15 bagi memadam kebakaran ketiga-tiga kenderan tersebut.

Kejadian mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 12 kilometer. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tiga_Kereta_Mewah_Terbakar_Pemandu_Terselamat.html#sthash.0ZhwOk77.dpuf

Tiga warga Singapura nyaris maut apabila kereta jenis Lamborghini yang dipandu mereka secara berasingan berlanggar dan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Seremban siang tadi.

Kejadian mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 12 kilometer. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tiga_Kereta_Mewah_Terbakar_Pemandu_Terselamat.html#sthash.0ZhwOk77.dpufTiga warga Singapura nyaris maut apabila kereta jenis Lamborghini yang dipandu mereka secara berasingan berlanggar dan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Seremban siang tadi.