Tuesday, 10 December 2013

Kuantanku..Sekali Reda Bah..Sekali Bermula Langkah

Semalam aku di Barat Semenanjung...Hari ini menyelusuri Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur aku kembali ke Pantai Timur..Kuantan..Tempat ku mencari rezeki sekarang ini.

Gambar sekadar hiasan - sumber fb Kuantan / Rosnizam Mat

Masuk hari ke-8 dalam musibah banjir kali ini, Alhamdulillah keadaan bertambah positif, banjir sudah surut walaupun belum reda sepenuhnya..

Sebahagian mangsa banjir sudah mula pulang ke rumah masing-masing mengemas.. menilai.. membasuh.. membuang.. apa sahaja yang dapat dilakukan.

Melalui jalan Kuantan-Gambang, di batu 12 dan 13 kerja-kerja membaiki jalan dan menurap semula jalan yang rosak akibat banjir giat dijalankan. Melalui Taman Tas, longgokaan sampah bertambah besar dan semakin melebar. Ada penduduk yang membakar sampah berkenaan bagi mengurangkan kapasitinya.

Longgokan sampah paling banyak di tepi jalan besar aku rasa di kawasan Permatang Badak..dekat-dekat kawasan Bengkel Bas MARA Liner..memang kiri-kanan bahu jalan adalah longgokan sampah sahaja..baju seluar majalah buku barangan elektrik berloggok di sana sini. Kalau masuk ke jalan-jalan sebelah dalam lagi la banayak...

Kerja-kerja pembersihan parit di sekitar perkampungan Sungai Isap giat dijalankan. Masih terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan.. Mungkin kerana air belum surut, ada yang rosak, ada juga yang pancit.

Menyelusuri jalan Kuantan-Pekan, menyaksikan keladi air yang sebelum ini berada di dalam parit kini berada di celah-celah pembahagi jalan di hadapan KIPSAS. Pagar batu KIPSAS yang baru dibina di tepi padang bola juga runtuh sebahagian besarnya.

Terdapat pencawang elektrik (PE) jenis padat yang pagarnya roboh sedikit dah PE nya tersenget..orang kampung aku cakap 'tabulangkir'..

Kawasan Inderapura juga tak kurang banyak sampahnya...diletakkan di hadapan rumaah masing-masing

Singgah sebentar di Indera Sempurna.. Parit berhampiran Fasa 3A sudah dikorek..dibersihkan.. namun, parit yang kat tepi jalan besar tu tak ada pulak dibersihkan...emm...

Banjir...musibah bagi mangsa..rezeki bagi sesetengah yang lain..

Peniaga-peniaga mendapat pelanggan yang bertambah..namun ada juga yang dikhabarkan cuba mengambil kesempatan..tepung gandum berharga RM2.80 dijual pada harga RM3.80...erkkk..

Bengkel-bengkel kenderaan juga penuh sesak dengan kenderaan yang terkena banjir

Pemilik lori juga tak menang tangan dalam membantu mengangkut sampah-sampah. Ada juga yang mengangkut barang-barang..rasanya nak pindah terus tu..

Pengutip barang-barang terpakai..barang lusuh juga mula mengerumuni tempat-tempat longgokan sampah.. mana tau ada yang boleh mereka tukarkan kepada RM.. atau jadi bernilai..

Terima kaseh pada semua pihak yang datang membantu mangsa banjir di sini... Ada yang datang dari dekat.. Ada yang datang dari jauh... Ada yang aku nampak mereka melupakan pendirian warna bendera politik masing-masing dalam membantu mangsa...Siap jadi geng pulak tu... Yang aku tak nampak jangan tanya aku....Jasa dan pengorbanan kalian.. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang baik...

Cuma....aku ralit sikit bila aku di UTM tadi, orang-orang yang jauh dari musibah ni cerita pasal beberapa perkara... Sebenarnya itu adalah berita palsu... Haishhh.. berjaya juga pihak yang menghebahkan berita tu meyakinkan orang-orang yang jauh dari bencana ini... Baca boleh, nak percaya kena selidik dulu..

Semoga keadaan semakin bertambah baik....

No comments:

Post a Comment