Thursday, 5 December 2013

Disember 2013 : Banjir Terburuk Dalam Sejarah Kuantan

Bermula Sabtu 30 November hujan dah mula turun sekejap-sekejap..Ahad 1 Disember bersambung lebih kerap..

Isnin 2 Disember dah mula ada yang melimpah..Sungai Lembing kawasan pertama menunjukkan amaran apabila air melepasi paras bahaya. Lewat petang beberapa kawasan sudah mulai dinaiki air..Malam yang sama juga fenomena air pasang berlaku.

Selasa 3 Disember keadaan semakin teruk. Hujan juga semakin berderu turun seperti tiada tanda akan berhenti. Laluan sudah mula banyak tidak dapat dilalui. Jalan By-pass Kuantan Kemaman banjir di Persimpangan Wisma Belia..Susur turun ke Polisas juga banjir. Jalan Kuantan-Gambang air naik disekitar Tanah Putih, Sungai Isap dan Permatang Badak. Jalan Kuantan-Pekan banjir di pangkalnya di hadapan KIPSAS, kawasan Inderapura dan Indera Sempurna.

Rabu 4 Disember banjir yang melanda Kuantan bertambah buruk apabila kawasan yang tak disangka-sangka pun turut tenggelam. Kawasan Permatang Badak tenggelam sehinggakan jalan raya turut ditenggelami air. TNB juga terpaksa 'shutdown transformer' di PMU Utara kat Indera Mahkota. Bekalaan elektrik pulih semula sekitar jam 12 tengahari.

Menjelang malam (sekarang) dilaporkan bahawa kawasan bandar semakin pulih...Menurut orang yang dah lama dok kat Kuantan ni..katanya kali ini lebih buruk dari kejadian banjir tahun 2002...

Inilah antara shot-shot dari orang ramai yang boleh disaksikan...(Sumber pelbagai..fb Kuantan dll)

 View di Kobalt (Barrage Kobalt)..tiada isu melepaskan air dari tempat ini..Ada berita palsu menyatakan air akan dilepaskan..sedangkan barrage ini pun dah tenggelam sama..

Kampung Tiram...dah sampai atap

Perkampungan Sungai Isap. Mesjid yang nampak terselamat tu adalah mesjid baru Sg. Isap..memang masjid tu terletak dikawasan yang tinggi....jadi jangan buat spekulasi ye...

Zoom in..Sama seperti masjid di atas...Kelihatan helikopter EC725 milik TUDM berlegar di atas Masjid Sungai Isap

Petronas dekat persimpangan By-pass - Permatang Badak...pun tenggelam...

Sungai Isap Damai...ada nampak itu antenna? Myvi rasanya tu..

Penduduk Sg. Isap dah panjat tangki air..sejuk dah kaki berendam

Persimpangan Permatang Badak - Jln Kuantan-Gambang

Taman Pandan Damai kat By-pass...sebelah kraftangan

Tanah Putih..Batu ..See?? Inilah laluan aku gi balik keje..

Tanah Putih jugak

Tunas Manja...Batu 3.5..Bertambah buruk..Jalan kedua-dua arah dah tenggelam...Putus terus laluan Kuantan-Gambang

Jalan Kuantan-Pekan...depan KIPSAS..dah ada kenderaan yang tersadai..

No comments:

Post a Comment