Monday, 2 December 2013

Minyak Tumpah dan Kemalangan di Lebuhraya Karak

Semalam...satu kejadian minyak tumpah dari sebuah lori telah berlaku di lebuhraya Karak. Kawasan terbabit adalah di kawasan mendaki bukit, bertentang dengan Selesa Hill Homes arah Kuala Lumpur. KM 71 gitu la kot...

Antara kenderaan yang terlibat (gambar dari fb Kuantan)

Kejadian mula berlaku sekitar jam 12.30 tengahari. Sebuah pacuan 4 roda baru sahaja berlanggar dengan sebuah Proton Iswara. Ketika aku lalu asap masih keluar dari bahagian enjin pacuan 4 roda tu, pemandu dan enumpangnya yang memakai kopiah masih tergamam dalam tu. Iswara dah parking ke tepi. Memang aku rasa baru 10-20 saat berlaku sebelum aku lalu..

Tak jauh dalam 50-100 meter dihadapan..sebuah lori tangki sedang mendaki bukit di lorong paling kiri dan didapati cecair sedang mengalir keluar dari atas tangki lori itu. Warnanya macam air berkarat..kotor. Aku jangkakan itu adalah minyak sawit mentah. Dalam satu berita lain menyatakan bahawa minyak diesel.

Menurut rodong-rodong... sehingga petang sahaja ada 7 kemalangan berlaku kat situ...dan sehingga jam 10 malam tadi jalan kat situ memang jem giler.

Berhati-hati kepada pemandu sekalian...termasuklah aku...sebelum ini kita dihidangkan dengan isu pihak tertentu senghaja tumpahkan minyak di Karak ni...

No comments:

Post a Comment