Saturday 26 May 2018

Lawatan Penyelenggaraan Sistem Rawatan Kumbahan STP

Lawatan penyelenggaraan sistem rawatan kumbahan (Sewage Treatment Plant -STP) di Padang Lalang pada 15 Mei 2018 bersama Ar Azman. Tujuan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan kawasan kumbahan yang terlibat.






Kemalangan KM 29 Lebuhraya KL-Karak

26 Mei 2018... menyelusuri lebuhraya KL-Karak untuk ke KL... Sampai di kawasan KM 31 hala ke KL tiba-tiba jemm... owhh mengapa lah pulak.

Tengah lekat tu chek kat google.. dari simbol yang dipaparkan dalam google.. rupanya ada kemalangan kat hadapan..

Sampai di lokasi sebenar.... banyak rupanya kenderaan yang terlibat... kereta ada.. bas ada.. kereta polis pun ada...






Saturday 12 May 2018

Kolej Yayasan Pahang (KYP) Kini University College of Yayasan Pahang (UCYP)

Hari ini 12 Mei 2018 satu lagi catatan sejarah dalam institusi pendidikan di Kuantan Pahang.

Hari ini secara rasminya Kolej Yayasan Pahang (KYP) iaitu sebuah kolej milik penuh Yayasan Pahang telah di lancarkan sebagai University College of Yayasan Pahang (UCYP)




Pelancaran ini telah dilaksanakan dalam Majlis Konvokesyen 2018 yang berlangsung di Hotel Zenith Kuantan Pahang.

Tahniah buat semua graduan dan warga kerja UCYP !

Monday 7 May 2018

Curi kabel elektrik

Nyaris hangus curi kabel

SANTUBONG: Seorang pencuri bukan saja tidak sempat mencuri kabel elektrik, malah melecur akibat terkena renjatan elektrik di Perumahan Sentoria, Jalan Pasir Pandak, malam tadi.

Kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 10.20 malam selepas melihat seorang lelaki tersangkut pada tiang elektrik.

Suspek dilihat menjerit meminta pertolongan akibat kesakitan selepas terkena renjatan elektrik itu.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, berkata suspek memanjat tiang berkenaan untuk memotong kabel elektrik.

Beliau berkata, ketika cuba memotong kabel, tiba-tiba berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan suspek melecur 80 peratus badannya.

"Polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Kuching sebelum anggota polis diarah ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba, suspek masih tersangkut pada tiang berkenaan dalam keadaan melecur sebelum anggota bomba dipanggil untuk menurunkannya selepas dtr sambungan elektrik diputuskan juruteknik Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak ( SESCO)," katanya, hari ini.

Ah Lek berkata, siasatan di lokasi kejadian juga menemui pelbagai peralatan memotong kabel digunakan suspek.

Katanya, identiti suspek juga masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

"Suspek kini ditempatkan di zon merah Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut tetapi masih belum dapat bercakap.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam dan Seksyen 511 kanun sama kerana mencuri," katanya.


Saturday 5 May 2018

Warna-warni kempen PRU14, Hari mengundi awal

PRU14... berbagai ragam banner, poster, bendera, binaan dibina untuk memeriahkan dan tanda memberi sokongan kepada parti masing-masing








5 Mei 2018.. hari mengundi awal bagi anggota Polis dan Tentera. Jumpa satu geng tentera berhenti di hentian Maran untuk perjalanan mengundi awal


Pss... ehh.. stesen Shell baru Lebuhraya KL Karak KM 55.3 arah KL dah buka laaaa... ada la tempat singgah baru Ramadhan dan Syawal ni..



Wednesday 2 May 2018

Membaiki Smart TAG rosak

Dulu-dulu lalu highway bayar tol pakai tunai.. up sikit pakai kad Touch & Go.. canggih up pagi pakai Smart TAG.. (hok yang terkini aku x pakai lg)



Pakai Smart TAG ni memang lebih selesa lah.. tak perlu beratur panjang sangat dan tak perlu nak turun tingkap.

Tapi kalau Smart TAG tak ada bateri.. atau baki kad Touch & Go kat dalam nya tak cukup memang boleh menyusahkan.. dan boleh menyebabkan orang kat belakang yang beratur jadi bengang.

Baru-baru ini tiba-tiba Smart TAG aku x idop. Bateri baru tukar. Aku pun pelik ngape pulok nih. Terpaksa lah aku kembali kezaman Touch n Go..

Setelah masa free datang.. bedah siasat dilakukan.. dan hasilnya.... hahaaa... rupenye wayar pada penyambung bateri putus...



So.. ade pilihan.. pi solder wayar tu atau beli penyambung bateri baru... hahaa

Okeh... dah hidup leh beraksi semula..

Sekian... harap maklong

Tuesday 1 May 2018

Promosi Balik-lah bersama Sony! 2018

Raya 2018!
Promosi Balik-lah bersama Sony!

Hadiah utama menjadi rebutan ialah Jersey bola yang ditandatangani oleh Ronaldo.. Neymar.. Messi atau Eden Hazard.

Caranya...

1. Beli TV Sony Bravaria OLED Series
2. Daftar di www.sony.com.my
3. Lengkapkan Slogan
4. Hantar... pahtu tunggu la...