Saturday, 1 March 2014
Pelajar UiTM maut dalam kemalangan di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak
Hari ni perjalanan aku dari Kuantan menuju ke Bandar Baru Bangi menyaksikan beberapa kejadian kemalangan kenderaan. Aku ceritakan sebahagian...
Selepas terowong Karak, di kawasan 'gear rendah' terdapat sebuah treler yang membawa 'mini tank' telah tergolek di lorong paling kanan.
Depan lagi..berhampiran Stesen Penguasa JPJ Gombak sebuah Subaru Impreza bewarna hitam pula sudah 'tidur mengereng' di tepi jalan. Satu bahagian tingkap sisi menghadap tanah dan satu lagi menghadap langit.
Depan lagi.. Aku nampak sebuah motosikal yang agak 'hancur' di tepi jalan..
Dalam berita TV tadi ada kisah kemalangan sebuah motosikal di KM23.6 Lebuhraya Karak-Gombak. Apabila aku amati rupa-rupanya kejadian itu adalah motosikal yang aku tengok 'hancur' tadi. Menurut berita, mangsa bernama Muhammad Izzuddin Md Asran berumur 22 tahun dari Janda Baik Pahang dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.
Menurut sumber, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang lampu jalan. Mangsa tercampak ke dalam longkang berhampiran dan maut ditempat kejadian.
Takziah buat keluarga mangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment