Monday, 3 March 2014

Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah





Nama : Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 

Dirasmikan : Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 1 Mac 2014

Tarikh bina dan buka : Dibina pada Januari 2008 & dibuka pada  jam 12.01 pagi 2Mac 2014

Menghubungkan : Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar

Panjang dan lebar : 24 km dengan 17 km di laut.  Lebar 250 meter

Harga : RM 4.5 Billion

Kehebatan : Jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan menjadi mercu tanca negara Malaysia yang ke enam selepas KLCC, Menara KL, KLIA, Sepang International Circuit dan Putrajaya.

Kapasiti : Menampung 100,000 kenderaan sehari - mengurangkan 25% kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang

Spesifikasi khas : Menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi.

Jambatan utama menggunakan 'cable-stayed bridge' yang melibatkan 'main navigation span' sepanjang 475 meter. 

Menggunakan asas cerucuk jenis 'bored piled' sedalam 130 meter - antara yang paling dalam di dunia 

Clearance atas air : 30 meter

Penyelenggara : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) - selama 45 tahun

Pereka bentuk : UEM Builders

Pembina : China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)

Orang pertama melalui jambatan kedua Pulau Pinang : Loh Nam Ang (41 tahun) - tunggu 12 jam sebelum jambatan dibuka

Sijil Khas : 1000 orang terawal melaluinya akan diberi sijil penghargaan

Had laju : 80km/j untuk kereta dan 60km/j untuk motosikal

Lorong laluan : 4 lorong - 2 untuk kereta, 1 untuk motosikal dan 1 lagi untuk kecemasan

Lorong tol : Terbanyak dalam Malaysia iaitu 28 lorong tol

Kadar tol : 1 bulan pertama adalah PERCUMA. Kadar dicadangkan adalah antara RM7 hingga RM10



Pssss...tadi kat tv ada crita pasal kenderaan pertama kena saman di jambatan ini sebab salah parking. Lepas tu kecoh kat facebook orang cerita pasal kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang ni (selepas dirasmikan)... Untuk rekod, pada 6 Jun 2013 sebahagian binaan jambatan di Batu Maung runtuh dah mengorbankan 4 orang.


No comments:

Post a Comment