Namanya kotak hitam... tapi warnanya bukanlah hitam. Ianya berwarna agak oren/merah. Ini kerana agar mudah dilihat atau ditemui jika terlibat dalam kemalangan. Kotak hitam ini telah direka untuk tahan kepada kepanasan..hentakan..letupan bom dan sebagainya..pendek kata adalah mustahil ianya akan berkecai mahupun hancur dimakan ikan...
Contoh kotak hitam - Gambar internet
Kotak hitam berfungsi untuk merakam data penerbangan dan beroperasi menggunakan bateri. Pada rekabentuk lama, bateri ini akan bertahan selama 30 hari. Selepas tragedi Air France, telah direkabentuk bateri kotak hitam yang mampu bertahan selama 90 hari. Namun, tidak semua syarikat penerbangan dan pesawat menukar kepada bateri ini termasuklah pesawat MH370.
Sudah 20 hari berlalu tragedi kehilangan MH370. Ini bermakna tinggal 10 hari lagi bateri kotak hitam MH370 akan berfungsi. Apakah akan berlaku? Apakah data di dalamnya akan hilang?
Selepas bateri habis, isyarat tidak akan dapat dihantar oleh kotak hitam berkenaan. Manakala data di dalamnya juga tidak akan hilang.
Macam ni la...macam telefon bimbit kita.. Bila baterinya habis kita tak dapat buat panggilan dan tak dapat dihubungi. Tapi, data dalam telefon masih ada kan? Tak hilang kan?
Persoalannya...bagaimana nak cari apabila dah tak ada signal dari kotak hitam?
Ada dua kaedah. Pertama menggunakan 'Unmanned Underwater Vehicle' (UUV) ataupun ada juga yang panggil 'Underwater Drone' dan yang kedua menggunakan Magnetic Detector.
Contoh UUV - Gambar internet
UUV ni ada 2 jenis iaitu 'remotely operated underwater vehicles' (ROVs), yang dikawal oleh manusia, dan 'autonomous underwater vehicles' (AUVs), yang beroperasi bergantung kepada 'input' yang manusia berikan...arahan la tu..
Antara 'keluarga' UUV - Gambar internet
Setakat ini perjalanan MH370 disahkan berhenti (ended) di Lautan Hindi. Jika serpihan ditemui ataupun kotak hitam ditemui...dan disahkan bahawa adalah milik MH370, barulah aku rasa akan diumumkan bahawa MH370 terhempas (crashed) di Lautan Hindi.....
Yang pasti...memang sukar untuk mencari kotak hitam ini... bak kata pakar radar semalam...kita bukan cari dalam 'swimming pool' yang airnya jernih dan rata....
#Masih Berharap MH370 Selamat#
No comments:
Post a Comment