Thursday 20 March 2014

SMK Mat Kilau : IKIP @ SPM 2013 Result Day



20 Mac 2013..jam 10 pagi..detik yang ditunggu-tunggu oleh semua calon-calom SPM 2013. Inilah detik pahit manis yang akan ditempuhi. Keputusan SPM 2013 diumumkan.....

Tahun ini aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan Pahang. Sekolah ini dekat sahaja dengan rumah aku... Sebelah dengan Indera Sempurna dan bertentangan dengan Indera Pura.

Lebih kurang jam 10 pagi Tuan Pengetua sekolah, En. Razlan Bin Ngah sampai ke sekolah membawa keputusan yang ditunggu-tunggu... Setelah dilakukan analisa sana-sini... Lebih kurng jam 11 pagi majlis pun bermula.


Tuan Pengetua mengumumkan analisa demi analisa berkenaan keputusan yang diperolehi. Ada keluhan, ada jeritan kegembiraan dan ada juga tepukan dari para pelajar dan ibu-bapa ketika analisa dibacakan...


Secara keseluruhannya, calon SPM adalah 154 orang. 2 orang mendapat 7A dan 5 pelajar mendapat 6A. Anak Cik Din jiran aku satu ketika dulu pun dapat 6A. Tahniah ye Cik Din dan anaknya....

Tahniah dan syabbas kepada semua pelajar dan pihak sekolah.... Apapun keputusan yang anda perolehi... anda akan membuka lembaran perjalanan yang baru...

No comments:

Post a Comment