(Gambar dari internet...bukan aku yang punya)
Ada juga untung nya para pelajar masakini. Ada pihak yang beri Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Alhamdulillah... Walaupun tidaklah beribu-ribu nilainya, namun tetap memberi impak.
Sana sini baca promosi kedai-kedai buku yang berkenaan untuk menarik pemegang baucar ini untuk berbelanja di kedai mereka.
Contohnya seperti di kedai buku POPULAR... Memang cukup popular dah nama kedai ni..Bagi pemegang BB1M yang berbelanja sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR akan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M akan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA
Begitu juga promosi di MPH.. berbelanja RM250 akan dapat baucar buku MPH RM10.
Berbelanja RM150 akan dapat baucar buku MPH RM5
Kedai buku Kinokuniya pula sesiapa berbelanja RM200 BB1M akan dapat baucar rebat RM20.
Jika berbelanja RM250 BB1M akan dapat baucar rebat RM20 + Jurnal Kinokuniya Edisi Terhad
Syarat-syarat pembelian dengan BB1M, apa yang boleh dibeli dengan BB1M?
BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik/jurnal/majalah ilmiah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing
Sekiranya amaun pembelian buku-buku masih berbaki, pelajar dibenarkan membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis dengan syarat tidak melebihi 20% dari nilai BB1M. Baki BB1M yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut
Garis panduan lain BB1M klik sini
No comments:
Post a Comment