Wednesday 12 December 2012

Proton bakal guna enjin F1 Petronas


Yaaaa...peminat-peminat Proton pasti tertunggu-tunggu enjin yang diberi nama E01 untuk dimuatkan dalam ruang enjin keretaa Proton masing-masing. Enjin F1 tu, mau berdesup nih. Heheheee...Pihak Proton dijangkan akan menggunakan enjin ini sekitar Julai 2013.

E01, adalah enjin yang dibangunkan hasil pembabitan PETRONAS dalam Formula 1 sejak menjadi penaja utama Pasukan Sauber Petronas pada 1995.

Ia dibangunkan dan direka bentuk sekumpulan 16 jurutera tempatan mengikut piawaian tertinggi dalam arena automotif, menepati teknologi tercanggih agar mudah ditingkatkan sesuai teknologi masa depan. 


E01 telah diuji pada model Exora dan telah memberi keputusan yang cukup memeberangsangkan. Justeru itu ianya akan dipasang pada model Exora dan Preve untuk peringkat permulaan. Senyum-senyum nampak pemilik Preve dan Exora tuh, dah berangan nak upgrade la tu. Mungkin model 2.0 atau 2.2 yang akan dipasang nanti.

Macamana rupa model ni? Aku cari kat internet ada jupa tapi tak tau la iye ke tidak...hehehe...Spesifikasi yang aku jumpa pulak....

Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2 (aku baca kat paper kata EURO 5...erkk??)


No comments:

Post a Comment