Saturday 14 July 2012

Pakcik Teksi Ditepuk Mayat?

Amin menaiki sebuah teksi untuk pulang kerumahnya selepas menonton wayang yang habis pukul 11 malam.

Pemandu teksi tersebut berumur dalam lingkungan 50an dan kurang peramah. Amin yang duduk di bahagian belakang telah menepuk bahu pak cik tersebut untuk bertanyakan sesuatu.

Pak cik itu sungguh terkejut beruk sehingga hampir melanggar kereta di hadapannya. Kemudian, pak cik itu pun memberhentikan teksinya di tepi jalan.

Amin merasa hairan dengan reaksi pak cik itu.

Amin: ”Kenapa pak cik terkejut tadi, saya minta maaf ler kerana buat pakcik terkejut”
Pak cik: ”Ini hari pertama pak cik bawa teksi dan anak merupakan penumpang yang pertama”.

Amin: “Ooo… dulu pak cik kerja apa?”
Pak cik: “Dulu pak cik bawa VAN JENAZAH...”...

No comments:

Post a Comment