Friday 13 July 2012

Kisah Teladan menjelang ramadan



Kisah Teladan menjelang ramadan (Nukilan Abang Ujang...Kartunis Ujang tu...)

JANGAN POTONG BAS EKSPRESS
________________________

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad Faisal. Ahmad Faisal tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad Faisal mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan memancing . Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad Faisal berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad Faisal berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad Faisal menekan pedal minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad Faisal semakin seronok. Ahmad Faisal dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Terbayang kemeriahan menyambut awal puasa yang bakal menjelang tiba. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad Faisal cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad Faisal masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti ."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad Faisal supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad Faisal terus memotong bas ekspres dihadapannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad Faisal setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang potong dia aaa...." Ahmad Faisal terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad Faisal terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
lori balak yang besar dan gagah dan..... BANGGGG !!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara ibunya.

Julia membuka matanya..Lengan baju kurung ibunya di renggut penuh sebak.Kepalanya terasa berpinar-pinar.

"Mana abang Ahmad Faisal mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal . Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya.Masa depannya di rasakan amat gelap sekali.Ibunya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad Faisal ?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar dengan tiba-tiba. Julia terdiam.Dia terpinga-pinga seketika dengan tindakkan ibunya itu.

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Moral of the story: ! Jangan tido waktu sonjo........

2 comments:

  1. bukan stakat Julia je yg kena PANGGG ni... silap2 tukang karut ni pun dpt PANGG!! hhuhuh

    ReplyDelete