Thursday 4 October 2012

RapidKuantan....Bas di Kuantan

RapidKuantan? RapidKL Pernah la dengar....hehehee....Yaaa....nampaknya bertambah lagi peluang kerjaya terutamanya orang-orang di Kuantan apabila RapidKuantan akan beroperasi bermula 1 Disember ini...mana yang ada lesen bas tu boleh la mintak kerja ye...ada 33 buah bas yang akan mula beroperasi. Mana yang minat niaga kecil-kecilan pun boleh jual air, jajan, surat kabar kat tepi-tepi "bus stop" tu.

Eksekutif Komunikasi Koporat Prasarana, Hawa Hanafiah :-)
bersama logo rapidKuantan - Foto:Bernama


Rapid Kuantan ni sebenarnya adalah kerjasama Syarikat Prasaran Negara Berhad (Prasarana). Untuk fasa pertama, tiga laluan yang bakal dilalui bas RapidKuantan. Laluan satu iaitu dari Gambang ke Terminal Makmur, laluan dua (Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak) dan laluan tiga (Kompleks Mahkamah ke Politeknik Sultan Ahmad Shah di Semambu). "Coming soon"...akan datang akan wujud laluan Beserah ke Terminal Makmur dan Tanjung Lumpur ke Terminal Makmur.

Jadi, sesiapa yang menjadikan bas sebagai kenderaan utamanya, harap-harap ini mampu menggembirakan anda!

No comments:

Post a Comment