Saturday 17 August 2013

D.I.Y : Kerja-kerja Paip & Elektrik

Hujung minggu tiba..orang ber hari raya...aku pulak ber tukang paip...hehee. Edisi D.I.Y Kali ini bukan pasal paip rosak tapi sengaja cari penyakit...upgrade single pipe jadi 2 way pipe. Satu berkepala paip dan satu lagi untuk hose.


Pastikan cukup segala senjata-senjata anda untuk bertukang. Seperti dalam gambar, aku perlukan spanar boleh laras (jika perlu), playar besar (perengkoh paip aku takde), selotep paip, tee joint, connector, kepala paip jenis berbibir (jangan jenis bertiang pulak) dan sedikit ilmu (yang ni takde dalam gambar).

Pastikan semua bahagian treat @ benang dibalut dengan selotep paip. Ini untuk mengelakkan leaking @ air keluar dari tempat yang disambung. Setelah selesai, sila sambung mengikut citarasa anda...Citarasa aku seperti gambar di bawah


Setelah selesai, sila buat ujian...pastikan tiada air yang keluar dari tempat yang anda sambung. Jika ada, anda kena buka semula dan tambahkan selotep paip pada bahagian itu. Tapi kalau kepala paip yang keluar air janganlah anda selotep jugak...heheee...

Sekali harini bukan setakat repair paip, kena repair suis lampu stor la pulak....nasibbbb....Bila mana aku nak simpan alatan tadi petik suis stor tapi tak berfungsi....Nasib la ada spare suis 1 way 1 gang kat umah...pasang je la wehhh..


Ok...selesai dah D.I.Y aku hari ini...anda boleh cuba pulak

No comments:

Post a Comment