Gambar-gambar nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands
(Sumber: Berita Harian, Bomba & Penyelamat, Sinar Harian, Facebook)
Hari ini Rabu 21 Ogos 2013 seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi kemalangan bas jatuh ke gaung sedalam 70 meter di KM 3.5 Jalan Gentng Highlands pada jam 2.45 petang. Dikhabarkan bas ini membawa 52 orang penumpang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.
Setakat jam 8.30 malam, dikhabarkan 37 orang disahkan mati. Mangsa yang mati terdiri daripada 25 lelaki (2 Melayu, 20 Cina, 3 India) dan 12 wanita (10 Cina, 1 India, 1 lain-lain) termasuk pemandu bas berkenaan. Antara yang cedera adalah Wong Teraphong (63 - Thailand), Ali Haider Syed Haider (46 - Bangladesh), Saidah (19 - Malaysia), Razif (26 - Malaysia) dan Tan Ming Shing (26 - Malaysia)
Punca nahas masih disiasat...samaada kecuaian pemandu ataupun kerosakan pada sistem bas.
Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:
5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.
2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.
15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - Bernama
sss
No comments:
Post a Comment