Wednesday, 11 March 2015

Ragam di hari harga gas (LPG) nak naik...

Hari Isnin lalu mesyuarat "National Economic Council" yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bakal mengumumkan harga LPG - Liquefied Petroleum Gas atau bahasa kampungnya "gas memasak"

Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek dikabor kan akan membentangkan usul harga baharu LPG ni. Samaada naik harga..turun harga..kekal harga..subsidi naik..subsidi turun.. Yelah, dah 16 tahun tak pernah ubah

Apa yang berlaku pada hari Isnin lalu? Koi pergi ke satu kedai runcit tapi bukan nak beli gas.. Tiba di depan pintu kedai tu diaaaaa.... ada sign board


"GAS TIADA"..#gas tiada#tak masak tak patut... kurang lebeh gitu la bunyinya. Dah macam tweeter pulok. Tiba-tiba hari nak umum rege baru gas takdok pulok gas.... Adussss.

Tiba-tiba masuk sorang pelanggan tanya gas...TAKDOK! Pastu dia gi kt belah belakang cari sesuatu. Koi ingat pekedai kabo sesuatu selepas pelanggan tu kata nak masak untuk 8 orang ahli keluarganya. Sekali dia keluar dari belakang bawa dapur arang daaaa..... Nak tak nak kena masak juga laa...

Koi rase la pada hari yang sama jualan dapur elektrik juga meningkat. Teringat satu ketika, waktu cuti perayaan, gas bikin problem... Pilihan terakhir yang ada ialah dapur elektrik.. masatu memang sold out dapur ni....hohohooo

Awok rase peniaga saje-saje sorok gas atau memang benor gas takdok hari Isnin lepas???


Untong la sape yang ade 2-3-4-5 tong gas kat umah tu... Tapi kalau ade banyak-banyak tak berisi tak guna juga...Time emergency patut boleh tukar je ke tong lain kepala gas tu tapi kena gi kedai jugak....Kehkehkeh..

Apa keputusan mesyuarat tu?? Jeng jeng jeng !!!

Kerajaan memutuskan bahawa harga LPG kekal pada harga sekarang iaitu RM26.60 bagi silinder 14kg. Harga kat kedai tu.....emmm....macam-macamlah....ada yang jual sampai RM30 pun ada....

Nasiblah aku tak pandai buat LPG sendiri...

No comments:

Post a Comment