Pritttt...prittt...prittt...
Habis sahaja perlawanan, kawasan kediaman aku bergema dengan dentuman mercun dan pancaran bunga api. Tidak ketinggalan yang menaiki motosikal membunyikan hon motosikal masing-masing. Semuanya sebagai tanda meraikan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.
Tahniah buat pasukan Pahang kerana menjuarai Piiala Malaysia edisi 2013. Pahang merealisasikan impian juara kali ke-3 setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 1-0 di Stadium Shah Alam. Jaringan Pahang diperolehi menerusi tandukan lambung Matias Conti pada minit ke-59 setelah menerima umpanan dari sebelah kanan padang.
Pahang dilihat lebih banyak menguasai bola dan bahagian tengah. Pahang mempunyai 2 peluang terbaik pada awal babak pertama, namun gagal disempurnakan oleh Conti.
Setelah Pahang berjaya memperolehi jaringan, pasukan Kelantan terus melipat gandakan asakan. Pada masa kecederaan dan ketika penyokong Tok Gajah mula berpesta, Kelantan hampir menyamakan kedudukan setelah Poyeng (No:3) gagal menampan bola dengan baik.
Stewart, antara watak penting dalam menyelamatkan kubu Tok Gajah. Walau menerima kad kuning, walau hidung terpaksa disumbat....namun tetap berjuang habis-habisan
Apepun...pasti ketua pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar yang berusia 38 tahun menjadi orang yang paling terharu dan gembira. Beliau satu-satunya pemain dalam skuad Pahang yang pernah beraksi pada pentas final Piala Malaysia ketika Pahang tewas kepada Selangor.
Tak ketinggalan jurulatih Dollah Salleh yang gembira dapat melaksanakan misi ke-3 untuk Pahang, menjadi antara 8 pasukan yang pernah menjuarai pialai ini sebanyak 3 kali. Tahun 1992 Dollah membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia sebagai pemain. Namun tahun ini Dollah adalah sebagai jurulatih.
Tahniah Pasukan Pahang! Tahniah Skuad Tok Gajah ! Amok Tok Gajah !
No comments:
Post a Comment