Saturday 9 March 2013

Liga Super 2013 : Coret-coret 'Matchday 10'


Semalam bermula sepak bola bagi perlawanan ke-10 bagi sebahagian pasukan dalam Liga Super 2013. Perlawanan tumpuan aku adalah Skuad Tok Gajah menentang barisan PKNS di Stadium Darul Makmur.

Apa dah jadi Pahang? Pahang gagal menggunakan aksi di tempat sendiri untuk meraih 3 mata penuh. Sebaliknya pulang hampa tanpa sebarang mata. Pahang memang memberikan aksi yang baik, mempunyai peluang yang baik namun tidak berjaya disudahkan. Pahang berjaya mendahului lawan pada babak pertama dengan 1-0.

PKNS yang gagal memecah kebuntuan dengan sepakan penalti oleh 'Ronaldinho' pada awal permainan mula bangkit pada babak kedua. PKNS berjaya merubah kedudukan kepada 1-2 sebelum pemain PKNS dibuang padang. Walaupun PKNS bermain dengan 10 pemain, Tok Gajah gagal mengambil kesempatan untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan. Sebaliknya pada akhir perlawanan PKNS berjaya menambah derita Pahang dengan menambah satu lagi gol. Muktamat Pahang 1, PKNS 3

Hajat Perak untuk menumpaskan ATM pula tidak kesampaian. Dengan mencanang Amirul Hadi sebagai pemusnah, sebaliknya ATM yang masih terasa dengan konflik pencerobohan di Lahad Datu mengganas dengan menumpaskan skuad Perak dengan jaringan 2-4.

Satu lagi perlawanan di Pantai Timur menemukan pasukan 'adik-beradik' Terengganu menentang T-Team. Faderin Kadir muncul sebagai wira pasukan Terengganu apabila berjaya menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit-minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan kepada 1-0.

Hari ini, tiga lagi perlawanan akan berlangsung iaitu Lion XII-Kelantan, Selangor-Johor Darul Takzim dan Negeri Sembulan-Felda United.

Keputusan semasa Liga Super perlawanan 8 Mac 2013:


Kedudukan carta Liga Super sehingga perlawanan 8 Mac 2013



 Sekian, Majulah Sukan Tanpa Politik

 


No comments:

Post a Comment