Perlawanan malam ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan memburu kemenangan sulung dalam kempen Piala AFC 2013. Selangor yang dikendali oleh Irfan Bakti Abu Salim telah tewas 1-0 kepada kelab India, Kingfisher East Bengal pada aksi sulung Kumpulan H di Kolkata, 27 Februari lalu manakala Tampines juga tewas 3-2 kepada kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh pada aksi pertama mereka di Stadium Jalan Besar, Rabu lalu.
Namun pengendali Tampines, Nenad Bacina yang berasal dari Croatia tetap berhati-hati dengan kekuatan Selangor. Selangor dilihat tetap bahaya walaupun kurang seorang import (tanpa Ramez Dayoub). Kemenangan besar selangor 4-1 ke atas Johor Darul Takzim baru-baru ini memberi isyarat mereka sememangnya merbahaya. Pemain yang perlu diberi perhatian ialah Francis Forkey Doe, S Kunanlan dan Amri Yahyah. Tidak dilupa juga Kubala.
No comments:
Post a Comment