Thursday 7 March 2013

Asia Road Tour 2013 : Chelsea, Barcelona bakal ke Malaysia

Dung dang dung dang gendang dipalu. Berita baik lagi menarik buat penyokong Harimau Malaya, The Blues dan Catalan Club.

Chelsea dikhabarkan akan Menetang pasukan Harimau Malaya dalam aksi Asia Road Tour 2013 mereka. Perlawanan dijangkakan akan berlangsung pada 21 Julai 2013. Perkara ini diumumkan oleh antara orang kuat FAM Dato Azzuddin pada satu sidang media semalam di Subang Jaya.

Sementara itu ura-ura berkenaan pasukan Barcelona akan berkunjung ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan Harimau Malaya juga nampak semakin benar. Semalam ejen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Barcelona telah tampil menemui pihak FAM untuk membuat tawaran.

Wow!!! Jika dilihat dalam laman rasmi Barcelona FC, mereka telah mengumumkan tarikh untuk perlawanan berkenaan, sedangkan pihak FAM belum memberi kata putus. Tapi, kalau dilihat...macam memang akan jadi je...Cuma tarikh perlawanan yang dicanang aitu 10 Ogos dilihat kurang sesuai...3 Syawal tuuuu...FAM dijangka mempertimbangkan tawaran dengan menganjakkan ke tarikh yang lebih awal....Jadi, tunggu je laaa...

No comments:

Post a Comment