Tengah bosan....
Satu ketika dahulu, tatkala siang hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang
pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebuah pisau lipat di atas tanah. Berdasarkan peraturan yang
telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan, sesiapa
yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar senior itu dengan segera mengambil pisau lipat berkenaan dan mengumpulkan
semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana ahli rombongan yang telah lalai
meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat
di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada Seorang
pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu menambah. "Ayuh
cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa
pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban
dari para pelajar lain.
Sambung pelajar senior berkenaan lagi, "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu
mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!" Pelajar2 masih
lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu
diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
No comments:
Post a Comment