Friday, 1 March 2013
Pisang 'High Class'
Pisang...siapa tak kenal pisang? Enak dimakan begitu saja....tapi pisang tertentu la. Kalau pisang tanduk alamat menanduk la lepas tu. Kalau pisang goreng lagi la sedap! Silap-silap tak cukup sepiring.
Hari ini hari Jumaat. Pisang memang jadi raja hari ini. 'Sold-out' dikebanyakan gerai atau tempat yang membekalkannya. Apa pulak kaitan pisang dengan hari Jumaat?
Yaaa....dalam banak-banyak buah, buah pisang adalah buah yang paling kerap menjadi tetamu Masjid. Dalam erti kata lain, menjadi hidangan jemaah solat Jumaat dikebanyakan Masjid. Setiap minggu pasti ada orang yang akan menyedekahkan buah pisang. Kalau tak banyak, sikit pun ada gak. Dalam 52 minggu dalam setahun, rasanya lebih 40 minggu buah ini akan menjadi tetamu...
Ada juga buah lain yg menjadi tetamu seperti epal, limau, lai dan pear. Ada org tanya, kenapa mesti selalu pisang? Emmm...kalau org nak bersedekah, aku rasa tak kisahlah apa buahnya. Janji dia ikhlas...mahal atau murah tu lain cerita. Allah tak pandang nilai sedekah berdasarkah mahal murah....
Kalau masih tak puas hati kenapa selalu pisang....tanya diri sendiri dulu, ada tak bawa buah yang boleh dimakan untuk jemaah? Kalau setakat bawa buah dua biji tu je baik dok diam-diam, jangan komen macam-macam...makan je laaa....
Sekian... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment