Monday 25 March 2013

[Image] Unlucky Ferrari..Unlucky Fernando Alonso


Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir semalam (24 Mac 2013) terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun penuh kontroversi, yang mengundang rasa benci rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.

Antara yang menarik tumpuan ialah kegagalan bekas juara dunia untuk terus bersaing dalam perlumbaan. Fernando Alonso - juara Formula Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku pelanggaran bersama Vettel. Mari kita saksikan antara 'shoot' menarik bersumber dari Reuters / Tim Chong / Samsul / Edgar Su / Philippe Lopez / yahoonews.


Aduh Vettel...terlanggarar pulok...ngape awok slow sangat (ujar Fernando)

 Sayap dah rosak...patut koner tapi terus pulak

Yah yah yah...semoga sampai pit 

Hilang kawalan selepas kerosakan sayap hadapan 

Setakat ini sahaja... 

Alonso terpaksa melompat keluar dari jenteranya 

Lepas ni Modenas MR1 akan melonjak naik selepas dinaiki Fernando Alonso

No comments:

Post a Comment