Wednesday 20 February 2013

Liga Super 2013: Selangor, Pahang Tersungkur..Carta Dikemudi Sang Tentera

Tamat tiupan wisel malam tadi, 6 perlawanan berakhir. Beberapa keputusan diluar jangkaan berlaku. Red Giant yang baru menewaskan Red Warrior minggu lalu tersungkur 0-2 kepada barisan Tentera, menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tahta liga kepada ATM.

Pahang pula terpaksa menelan kekalahan kedua berturut-turut. Kali ini mereka terpaksa akur dengan jaringan tunggal gol sendiri bagi memberi kemenangan kepada Perak 1-0. Pahang perlu bangkit semula dalam perlawanan seterusnya bagi mengelakkan tertinggal lebih banyak mata. Namun perlawanan seterusnya adalah kental iaitu Kelantan.

Kelantan bangkit dari kekalahan minggu lalu dengan membenam musuh setempat, Terengganu 2-0. Lain-lain keputusan sila lihat gambar seterusnya.


Kedudukan carta liga terkini sehingga 19 Febuari 2013




No comments:

Post a Comment