Friday 15 February 2013

[Gambar] Akibat meraikan 14 Febuari..dicekup separuh bogel



Pagi-pagi Jumaat dah ni......Semalam pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengadakan operasi di sekitar Kuala Lumpur. Masih terdapat mereka yang memadu kasih sempena hari kekasih yang ditahan.

 Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.




Seorang lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih. Ketika ditahan, wang sebanyak RM15,000 turut ditemui. Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.


Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.



Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.


Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan 
ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.


Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan.

Foto dan berita:  SinarHarian

No comments:

Post a Comment