Monday 4 February 2013

World Cancer Day : Apa penyebab kenser

sel darah yang dijangkiti

4 Febuari setiap tahun adalah Hari Kenser Sedunia (World Cancer Day)...Kenser dianggap antara pembunuh utama masakini. Mari kita lihat apakah trend ataupun penyumbang kepada kenser ini.

1. Tembakau

Menurut Persatuan Kenser America (America Cancer Society), tembakau menyumbang sebanyak 87% kematian akibat kenser paru-paru dan 30% bagi kematian akibat semua jenis kenser.

2. Alkohol

Pengkaji dari German-Institute of Human Nutrition (Postdam-Rehbruecke) mendapati lebih 350,00 orang di 8 negara yang mengambil alkohol mendapat kenser. Di Eropah, daripada keseluruhan jumlah penghidap kenser, 10% adalah lelaki dan 3% adalah perempuan yang mengambil alkohol.

3.Daging merah

Hah....daging merah pun boleh menyumbang kepada kenser, terutamanya kenser usus (bowel cancer). Dikatakan warna merah (haem) boleh menjejaskan lapisan usus. Orang yang memakan 160g daging merah sehari mempunyai risiko 1/3 menghidap kenser usus berbanding mekera yang akan 20g sahaja.


4. Telefon mudah alih

Pada 2011, IARC (International Agency on Research on Cancer) menyatakan bahawa penggunaan telefon mudah alih boleh menyebabkan kenser. Namun, tidak lama selepas itu, American Cancer Society's menyangkal dakwaan berkenaan.

5. Mikrowave

Buat masa ini belum ada kajian yang membuktikannya. Namun tetap dikhuatiri kerana mikroware memang menghasilkan gelombang yang boleh menyebabkan kenser. Nasihat: Jauhkan diri anda dari mikrowave ketika anda menggunakannya

6. Kopi

Aisyehh...kopi pun ada dalam list ni. Menurut satu kajian di US National Cancer Institute & Imperial College London, meminum kopi sebenarnya dapat mengelakkan kenser usus. Namun dalam masa yang sama dkatakan mungkin memberi satu kesan lain pula..




No comments:

Post a Comment