Tuesday 12 February 2013

Buaya paling besar mati di Philipina



Lolong : buaya air masin paling besar

Buaya air masin paling besar dalam kategorinya telah mati di Philipina, 17 bulan selepas ia di syaki membaham manusia (budak sekolah perempuan dan nelayan pada September 2011) dan diletakkan sebagai pameran kepada umum.
 
"Lolong" mempunyai ukuran 6.17 meter (20.24 kaki) mati pada malam Ahad lalu disebabkan penyakit misteri.

Buku Guinness of World Records telah mengistiharkan Lolong sebagai buaya paling besar dalam kategorinya pada tahun 2012. Ini seklaigus menewaskan pemegang rekod sebelum ini iaitu Cassius (5.48 meter) yang dipelihara di Queensland Australia
 

No comments:

Post a Comment