Kali ini BBW diadakan di Universiti Malaysia Pahang Gambang. Bermula 28 Febuari sehingga 10 Mac 2019...dari jam 10 pagi sampai la 12 tengah malam.
Hah! Sesiapa yang tak pergi lagi mari lah ramai-ramai pergi wehhhh. Harga buku memang tak masuk dek akal. Diskaun kaw-kaw 75%-95%. Buku harga RM40 kat kedai...kat sini hanya RM10...hah.
Tapi aku bagitau lah..yang aku nampak buku dari oversea lah yang banyak harga diskaun kaw-kaw tak masuk akal ni macam buku Superman..HarryPotter..errr macam-macam lagi la...
Kalau buku macam Ujang..harga tak jauh sangat contoh RM10 biase...so ni dapat la RM7 senaskah.
Bagi yang bawa anak-anak kecil...sila hati-hati kalau hilang dari pandangan memang menangis lah kau sebab memang ramai giler orang.
Ada troli dan bakul beroda disediakan...so anda boleh shopping banyak-banyak. Serius aku ada nampak satu akak tu beli 'Batman Can' setengah troli kau! Satu tu harga RM20....hahahaa...agak nya setengah troli tu berapa lah.
Cuma ada beberapa rungutan... antaranya susunan kat sini macam tak berapa nak teratur (tak macam sebelum sebelum ni kat Serdang)... dan yang paling ramai merungut tike nak bayar alahaiiiiii... bapak panjang giler (kate orang Pahang). Nak bayar beratur dari tengah dewan..konar L..konar L..straight..konar kiri... ada pulak zig-zag...pastu jemm kt kaunter pulak...aku rasa aku nk bayo lebeh 30 minit la kot dari mula beratur sampai setel...hahaaa...gigih kan?
Opsss...kalau shopping hari Sabtu kena cas 20 sen beg plastik....heheee
Buku agama
Buku masakan
MOY... Ujang
Superman soft & hard cover
Children book area
Ramai sungguh orang
Tengah beratur nak bayar
Hahaa..nampak beratur panjang
Dah la...tengok je tak puas..so pi la wehhhh beli buku..hahaa..memang banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih...
No comments:
Post a Comment