Friday, 4 April 2014

Bas Mini ITM Shah Alam... Suatu ketika dulu

Belek-belek facebook tiba-tiba ternampak gambar bas ini. Tiba-tiba aku tersenyum sendiri tatkala terimbas kenangan lalu


Walaupun gambar bas mini dalam gambar ini adalah yang digunakan di kawasan Kuala Lumpur, namun rupa parasnya memang sama dengan bas yang aku naik waktu aku belajar di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam satu ketika dahulu.

Dikalangan pelajar, bas ini lebih polular denga nama 'Bas Bandung'. Bukan kerana nak pergi bandung tetapi warnanya yang pink seperti air bandung.

Tambang 50 sen untuk sekali perjalanan. Naik dari Kolej Jati Seksyen 2 ke dalam kawasan ITM atau sebaliknya. Dia punya driver bawak memang laju.. kat konar depan Seroja tu pun dia layan jeee... rasa macam nak terpelanting pun ada...

Ayat popular... 'belakang masuk lagi.. masuk lagi.. boleh buat dua baris'....ekekee

Bas ni memang padat...senggol senggolan... sampailah berpaut pada tangga bas....hahahaaa...kalau dah padat sangat sampai ada yang naik free je sebab konduktor tak sempat mintak tambang penumpang dah turun.

Korang pernah naik? Sila kongsi pengalamana anda....

Sekali terimbas kenangan lalu daaa....

No comments:

Post a Comment