Thursday 24 April 2014

Malam Cinta Rasul Kuantan 2014

Orang pantai timur, jom semarakkan Kuantan dengan gema zikir dan qasidah. Moh bersama Habib Syech Abdul Qodir Assegaf & tausiyyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin dalam MALAM CINTA RASUL, malam ini Khamis 24 April di Padang MPK 1, Kuantan Pahang. 

Majlis dijangkakan bermula seawal jam 7.00 petang. Solat Maghrib & Isya berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.

Penonton dirumah boleh saksikan siaran langsung di TVAlhijrah, pada jam 9.30 m
alam.

Untuk aliran trafik, antara jalan yang di tutup - Jalan Mahkota daripada Kompleks Teruntum hingga ke Jalan Bank. Jalan Bukit Ubi dari Hotel Green Leaf hingga ke Taman Kerang.


 Pagi tadi Padang MPK 1


Padang MPK 1, Pentas bersebelahan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

 Maklumat jalan ditutup (sumber f/b)

Maklumat kawasan parkir bas (sumber f/b)

Moh la wehhhhh !!!

No comments:

Post a Comment