Tuesday, 29 April 2014

D.I.Y : Cara Menukar Bateri Motosikal

Aktiviti hujung minggu... Cara menukar bateri motosikal. Yang ini adalah untuk bateri motosikal Modenas CT100. Sama je kaedahnya untuk motosikal lain.

Mula-mula pergi beli bateri. Pastikan modelnya adalah betul sebab motosikal guna 'kick-start' dan yang guna 'electric starter' baterinya berbeza. Sila rujuk buku panduan motosikal masing-masing.

Bagi motosikal Modenas CT100 yang menggunakan 'electric starter' kod baterinya adalah YB5L-B. Model Yuasa ni harganya dalam lingkungan RM40 lebih la.


Ok...yang botol merah tu adalah asid untuk digunakan pertama kali bagi setiap bateri yang baru...


Bukakan dahulu penutup berwarna kuning tu untuk memasukkan asid tadi.


Tuangkan asid tadi sehingga paras 'upper level' bagi setiap lubang. Nanti akan nampak gelembung-gelembung udara (tindakbalas asid tadi) akan keluar. Biarkan dalam 3 jam untuk kesan yang lebih baik sebelum dipasang pada motosikal (pomen cakap).


Ok...pindah pada motosikal pulak... Buka seat... haaa.... dekat sini la bateri tu duduk.


Buka penutup tu dan akan nampak la bateri tu.... yang lama ni perlu dikeluarkan dari sarangnya...heheee


Disebabkan susah nak keluarkan bateri tu, maka aku kena buka/tanggalkan seat motosikal tu. Kemudian hulur skrew-driver melalui bakul motosikal tu untuk buka skrew pada bateri yang asal. Tanggalkan terminal negatif dan diikuti oleh terminal positif.

Kemudian ambil bateri yang baru tadi dan pasangkan semula mengikut terminal yang betul. Jangan salah terminal pulak.


Taraaa...... dah siap untuk jentera ini beroperasi. Sekali tekan je dah hidup. Alhamdulillah....

Rajin-rajin la check paras air bateri lepas ni.. kalau dah sampai tahap 'lower level' tu maksudnya kena la tambah air baterinya....

Semoga bermanafaat untuk anda....

16 comments:

  1. Asid tu memang perlu ke ? Ke kalau beli bateri siap2 dia dh tarukkn asid tu ?

    ReplyDelete
  2. Asid tu memang perlu ke ? Ke kalau beli bateri siap2 dia dh tarukkn asid tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan..lewat..
      Kalau bateri motosikal sel basah yg baru beli memang macam tu lah..bateri dan asid asing..kena tuang sendiri..kalau bateri sel kering memang terus pasang sahaja...

      Delete
  3. maaf saya kurang jelas. yg lubang yang di isi acid tadi harus dia biarkan terbuka selma 3 jam ke ?saya tutup terus, battery saye jadi kembung, bila buka balik penutup2 tu, acid menyembur

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang cakap 3 jam tu pomen motor..
      saya letak dalam 30 minit je..biarkan terbuka tutup tu..
      tapi kalau tgk kat kedai tu pomen letak2 terus tutup dan pasang terus jalan motor...huhuu

      Delete
  4. assalamualaikum dayat, Batri model YB4L-BS bley pakai x utk kriss 100cc

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam...
    beza 4L dengan 5L adalah Capacity AH nya...4L = 4 AH... so kecil sedikit dari 5L... jika motosikal menggunakan electric starter ferformance nya kurang la sedikit

    ReplyDelete
  6. Lepas pasang bateri terus hidup eh? Sebab aku pasang dia still tak hidup lampu bagai aduh

    ReplyDelete
  7. Slm dayat,nk tya ne..klu btri mg dri kilang,mto baru..lpstu hbs air,kna tmbh air ja kh,atau kena tmbh asid jga?mhon pncerahan..model mto ct115s,sma ja dgn btri ct100..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. boleh pakai air bateri yg jual kt petronas tak?

      Delete
    3. Boleh aje bro...air bateri tu air suling aje

      Delete
  8. blh battery jenis yb5l ni untuk motosikal klx?

    ReplyDelete
  9. Salam Dayat, nk tanya untuk bateri kering kereta mcmana nk tambah acid dan apa jenama acid tersebut

    ReplyDelete