Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang. Aku dah mai hampir 10 tahun yang lalu ketika ada tugasan di UiTM Pulau Pinang. Waktu tu bersama rakan-rakan dari UiTM Kota Samarahan Sarawak (Zul dan Rizal) dah pun makan mee udang penang bersama En. Zuraidi (UiTM Penang). Tak cukup sekali kami repeat lagi mee udang kedai yang sama esoknya... hahaaaa
Ok... back to present story... Berpandukan petunjuk yang Prof. Abu berikan kamipun mencari di mana la kedai yang beliau maksudkan. Memasuki kawasan Sungai Dua memang banyak kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual mee udang. Tapi kedai yang Prof. maksudkan jauh lagi masuk dalam.
Jalan punya jalan kami pun sampai ke kedai yang dimaksudkan. Oh man!!! Satu ayat terkeluar dari mulut aku. "Inilah kedai yag aku datang 10 tahun yang lalu!". Hahahaaa.... rupa-rupanya aku datang kembali ke kedai yang aku repeat 2 kali makan. Inilah dia Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Mee Udang
Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Mee Udang
Jauh berkembang dah kedai ni berbanding 10 tahun yang lalu... dah ada jual Jeruk Pak Ali lagi. Menu utama mestilah mee udang. Udang boleh pilih berapa banyak nak. Harga ikut timbangan la...heheee. Satay pun ada.
Ada ketam
Ada udang
Senarai harga mee udang, koay teow, udang, ketam
Taraaa... mee udang 6 orang makan
Alhamdulillah...licin...
Selera dan tekak aku kata sedap! Kalau korang nak cuba bolehlah datang....
No comments:
Post a Comment