Setelah sembang sembang dengan Taukey kedai berhampiran maka dapatlah sudah jawapannya.
Yaaa.... Taman Gelora berhadapan Kolej Antarabangsa IKIP ini akan dibangunkan semula !!! Dijangkakan projek yang telah pun bermula ini akan selesai dalam masa 1 tahun. Jadi, buat peminat-peminat Pak Din Nasi Ayam, Pak Lah Rojak, Mee Kari, Karipap Panas....pasti akan terkulat-kulat bila datang 1 tahun selepas ini...kikii
Mengikut pelannya, kawasan parkir depan IKIP ni akan dibangunkan satu penempatan peniaga, ala-ala macam RnR style la. Siapa akan meniaga kat sini? Pastilah barisan peniaga seperti Pak Din, Pak Lah dan deretan Mee Kari yang akan dipindahkan ke sini. Tiada peniaga baru katanya.
Tapak lama kedai Pak Din Nasi Ayam dan Pak Lah Rojak akan diruntuhkan dan dimajukan sebagai medan letak kereta (parkir), tambahan kepada ruang parkir sedia ada kat sebelah pantai tu. Kemudian satu laluan kenderaan akan dibina dalam kawasan jogging tu. Maksudnya kenderaan akan masuk dari arah IKIP, lepas tu parkir kt tepi pantai dan keluar melalui laluan baru nanti...macam jalan sehala la...
Pasar malam (hari Ahad) juga dikatakan akan dipindahkan ke kawasan parkir berkenaan apabila tiba masanya nanti
Gerai mee kari, karipap panas, air kelapa sekarang
Gerai Nasi Ayam Pak Din, Rojak Pak Lah... akan jadi parkir kenderaan
Gerai tempat lepak aku selama kerja kat sini
Tempat bersenam
Tempat parkir depan IKIP yang akan dijadikan kawasan kedai makan
Tiang untuk pagar kawasan pembangunan
Bahagian depan, pagar dah naik...
Update....minggu seterusnya.....
Ehhh...parkir atau taman permainan tu yang akan dibuat kedai?? Sebabnya pagar tu macam memagar taman permainan dannn.... pagi-pagi Isnin yang hujan peniaga deretan mee kari pindah gerai ke atas kawasan parkir tu..... emmmmm...
Gerai mee kari n de geng sudah atas parkir
Pagar memagari kawasan permainan...
1 tahun lagi laaaaa tengok hasilnya....
so sekarang ni ada lagi x kedai pak lah tu?ke dh berubah tempat?sbb u kata dia buat upgrade sume tu kan
ReplyDeleteKumpula kedai Pak Lah Rojak, Din Nasi Ayam tu belum pindah lagi, masih beroperasi seperti biasa. Setelah bangunan yang dibina di atas tapak permainan siap baru mereka pindah.
ReplyDeleteSetakat ini gerai kumpulan gerai mee kari tu dipindahkan atas kawasan parking dan beroperasi seperti biasa
Kesimpulannya semua gerai masih beroperasi seperti biasa :-)