Belumpun bermulanya Ramadhan, harga ayam proses bersih sudah naik (bukan ayam pencen). Apatah lagi menjemanya Syawal nanti. Diharapkan harga ayam akan kembali normal (ikut harga kawalan) ketika itu...
Di Alor Setar, diberitakan harga ayam dua minggu lalu RM6.30 sekilogram. Walaubagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram. Dalam berita TV semalam, seorang pembeli mendakwa harga ayam sudah meningkat kepada RM9.50 sekilogram
Di Muar, dalam laporan Sinar Harian, ayam di Pasar Awam Maharani dijual pada kadar RM8.20. Manakala di kawasan kampung adalah RM8.70 sekilogram
Di Bagan Serai, sumber memberitahu harga ayam di pasar basah adalah RM9.00 sekilogram.
Tinjauan di Pasar Pagi Jaya Gading Kuantan Pahang mendapati harga ayam adalah RM8.50 sekilogram. 3 minggu lalu harga ayam di sini adalah RM8.00 sekilogram.
Walaubagaimanapun setakat ini harga ayam di pasaraya-pasaraya besar dikhabarkan masih boleh tahan...
Penjual mendakwa pembekal ataupun penternak menaikkan harga berikutan kenaikan kos....
Agak-agak kalau tak makan ayam ok je kot......adios
No comments:
Post a Comment