Tuesday 16 July 2013

Kuantan : Perubahan Jalan Sehala


22 Julai sudah hampir tiba.....nampaknya akan berlaku perubahan laluan kenderaan di beberapa jalan dan persimpangan di Bandar Kuantan. Yaa..bermula 22 Julai sehingga 21 Oktober 2013 laluan ini akan digunapakai. Kepada anda yang tinggal di Kuantan, bekerja di Kuantan, yang ke hulu ke hilir di bandar Kuantan waima yang ingin bertandang ke Kuantan sila ambil perhatian ye....

Sebanyak empat lampu isyarat akan ditutup iaitu di Jalan Tanah Putih-Jalan Besar-Jalan Penjara; Jalan Penjara-Jalan Mahkota; Jalan Penjara-Jalan Haji Abdul Rahman-Jalan Mat Kilau dan Jalan Tun Ismail-Jalan Beserah.

Jalan dua hala yang dijadikan sehala pula akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi fasa ini, jalan yang terlibat ialah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar.

Silap-silap denga aku sekali akan keliru jalan ni nanti....jangan lewat sampai opis sudahhhhh

No comments:

Post a Comment