Hari pertama formasi baru jalan sehala di Bandar Kuantan Pahang dilaksanakan, memang huru-hara pengguna jalan raya jadinya. Ada yang terpaksa pusing 2-3 kali, ada yang lewat sampai ke pejabat dan macam-macam lagi. Waktu pulang kerja persimpangan lampu isyarat Tanjung Lumpur - Jalan Teluk Sisek menyaksikan pemandangan kesesakan yang luar dari pada kebiasaan. Mana tidaknya...6 lorong (Arah Tanjung Lumpur - Teluk Cempedak - Beserah) bersatu menjadi 2! Wow !!!
Hari demi hari...hampir setiap hari ada sahaja perubahan yang berlaku..Sampai aku pun dah malas nak hafal jalan mana...
Laluan terkini jalan sehala bandar Kuantan
Bermula hujung minggu tadi, mula pulak plan baru (gambar atas). Jalan Teluk Sisek dah kembali seperti dulu...Dari bandar boleh lalu jalan tu nak gi lampu isyarat Tanjung Lumpur. Dari Teluk Cempedak dah boleh konar kanan, tapi masuk kat Shell/TNB.
Cuma simpang 3 lepas Mega Mall tu perlu penambah baikan. Bersilang orang dari Mega dengan orang dari Beserah....
Kos asal RM4 juta katanya...emm...dah pecah sana sini...nk buat semula berapa juta pulak la ni...
Jadi..adakah ini yang terbaik?...Ada sebulan lebih lagi trial version....
No comments:
Post a Comment