Bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 harga ayam ditetapkan pada RM7.70 sekilogram. Harga ini berkuat kuasa dari 26 Julai hingga 11 Ogos ni.
Selain ayam bersih, barang-barang seperti ayam hidup, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau import, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China), ikan kembung dan ikan mabung turut tergolong dalam barang kawalan.
Macam biasa, peniaga perlu menjual barang mengikut harga yang ditetapkan ini dan meletakkan tanda harga kaler merah jambu...Peniaga yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dengan menjual melebihi harga siling boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan bagi individu.
Sesiapa yang agak-agak nak report tu boleh la report kat talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), 03-80008000 atau talian bebas tol, 1-800-886-800 atau e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my
Hmmm.....kat umah aku ni..kat pasar pagi ayam RM8.50...kat pasar malam RM9.30...kat kedai depan tu RM9.50/kg....
No comments:
Post a Comment