Thursday 3 May 2012

Malaysia FA Cup 2012

Semangat sukan 1 Malaysia !!!

Piala FA 2012 bakal menjadi sejarah baru apabila pasukan berstatus kelab memahat mana sebagai pasukan yang layak ke perlawana akhir. Pasukan Sime Darby bakal berentap dengan naib juara tahaun lalu iaitu pasukan Kelantan Darul Naim. Sime Darby FC ditubuhkan pada Januari 2010 dan bermula dengan liga FAM.

Sime Darby mengecewakan juara tahun lalu iaitu Terengganu dengan agreget 2-1. Perlawanan pertama menyaksikan Sime Darby menundukkan Skuad Penyu di gelanggang lawan 2-1..perlawanan timbal balik semalam menyaksikan Penyu diikat 0-0...Penyu menangis meratapi pemergian pialanya...

Di utara sana, Skuad Kenari melayan kunjungan Skuad Kijang...Kenari bermula garang dan mendahului 2-0 pada babak pertama..Namun, keghairahan Kenari yang bagaikan sudah melangkah sebelah kaki ke final disentap oleh 2 jaringan Kijang yang mana menyaksikan Kijang melompat ke perlawanan akhir dengan agreget 3-3...Kenari patah sayapnya...

Apapun, Kijang pastinya mahu merampas piala yang tidak di menangi tahun lepas. Manakala Sime Darby pastinya mahu melakar sejarah sebagai kelab pertama berjaya merangkul piala FA..

No comments:

Post a Comment