Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-57 telahpun bermula malam tadi bertempat di Dewan jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya.
Bersempena itu juga, hari ini telah berlangsung "Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban" di MS Garden Hotel Kuantan Pahang. Program dianjurkan dan deigerakkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, PERKIM dan IKIM. Seminar ni disiarkan secara 'live'... streaming pada portal IKIM.fm.
Pengisian disampaikan oleh orang-orang besar dari Radio IKIM.fm. Antaranya ialah Ketua Pengarah IKIM - Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM - YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM - En. Md. Asham bin Ahmad dan Dr. Mohd. Zaidi Ismail, pakar Epistemologi dan Falsafah Minda dari Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar IKIM.
En. Md. Asham, Dr. Mohd. Zaidi, Moderator dan Prof. Datin Dr. Azizan
Moderator
En. Md. Asham
Prof. Datin Dr. Azizan
Dalam program ni ada dapat sarapan yang siap 'tapau' macam dalam gambar ni. Tiba-tiba terasa macam naik pesawat Air Asia satu ketika dahulu...hehee
Sekian...
No comments:
Post a Comment