Hari cuti datang lagi... aktiviti hari ini adalah pergi cuci mata tengok kain untuk buat langsir hanyar!!!
Sebelum keluar ukur la dulu sliding door 3 pintu dan tingkap 1 daun. Jumlah semua 11 meter untuk kain bidang 60.
Destinasi adalah KAMDAR Kuantan. Ni je la yang dekat dengan umah walau 20km jugak tu...ekekee..
Kat sini memang banyak kain yang sesuai untuk buat langsir. Tapi tinggal berkenan dengan tidak je la. Yelah, masing-masing punya citarasa dan kemampuan nak membayarnya. Hehee..
Jalan-punya jalan setelah belek sana sini tak ada juga kain dan corak yang berjaya mencuri minat isteri aku. Maka aku pun istiharkan kita balik saja laa...
Kalau malas nak jahit atau nak tempah, beli saja yang dah siap ni...hehehee. Isteri aku jait sendiri je... Kalau nak oder boleh la...kabo je...tempahan masih dibuka...
Kita pergi kedai lain nanti.. Jakel ada.. Alamoda ada.. Globe pun ada... Cuma masa nye je la ntah bila...
Ada satu best kat Kamdar Kuantan ni. Ada tempat permainan kanak-kanak. Elok la tu... daripada anak-anak aku lari-lari celah-celah gulungan kain tu elok la diorang main kat sini. Cuma tempat ni tak berapa berjaga sebab dah jadi tempat mereka buat kerja jugak...longgok barang-barang..
No comments:
Post a Comment