Kuala Lumpur Book Fair (KLBF2014) tak dapat gi.. maka gi cuci mata kat Bangi Gateway laa. Shopping Complex ni bukanlah baru semalam buka tapi dah buka tahun lepas (2013). Tapi ini kali pertama aku baru nak jejak kaki ke sini walaupun tak la jauh mana tempat ni dari umah.. Heheheee...
Jom jalan-jalan cuci mata apa yang menarik di Bangi Gateway ni....
Ruang legar...besar yang amat...ramai yang lepak-lepak lepas penat menapak kat dalam ni... yang isap rokokpun ada kat sini
Stylista? Tiba-tiba aku teringat tajuk rancangan Hijab Stylista...ekekeee
Pearl Haya ... jual mutiara la kot..
Yang ini pasti la jual buku.. Kedai Buku MPH
Toy & Gift - kawasan larangan anak-anak..kehkehkeh
Go Optic.. bukannya Gothic....kedai optical
Kawasan larangan bapa-bapa...kehkehkeh... Impiana Jewels
Junita bukan Jesnita ... baju perempuan
Rona-rona macam ronda-ronda
Sushi orang Melayu
Batik Plaza .... pakaian berasaskan kain batik
Fresco Tailor - boleh tampah baju melayu... rege sampai siling...hehee... Kedai paling sempoi sebab tak ada sign-board nama kedai....
Dang Anum
Shazzmin
Total Ground Futsal - kelengkapan main futsal
Bio Pearl - rawatan berasaskan mutiara. Son Goku boleh cuba cari mutiara naga kat sini
Ahaaa... kedai game arked (Molly Fantasy)!!! Kenangan masa dulu pun ada
Ruangan paling banyak gerai-gerai pakaian yang digelar Fashionista
Ehhh...macam kat oversea pulak tengok dinding Kenny Rogers nih
Tengah lepak-lepak kat ruang legar tiba-tiba terpandang kipas di atas. umak aiii... besarnya kipas ni. ada 10 bilah dna setiap bilah ti aku rasa ada 8 hingga 10 kaki panjang tu... Pehhhh!!!
Dah penat... jom balik..
Tq for sharing all this info Sis :)
ReplyDeletelagi cantik kalau dapat share map ke Bangi Gateway nie
thank..akan diusahakan selepas ini...
ReplyDeletei'm a men
Kelakar pulak Pearl Haya - jual mutiara. Hehe.. Tak pasti sis memang tak tahu or melawak. Pearl Haya tu jenama tudung. Macam jenama Fareeda, Ariani gitu la.
ReplyDeletehahaa...niat dihati memang saja nak buat lawak..
ReplyDelete