Thursday, 8 May 2014

Al-Hidayah : Majalah Tahunan SMKA Simpang 5

Sudah lebih 20 tahun aku simpan majalah ni. Bukan kerana harga atau warnanya... Tetapi kandungan di dalamnya mampu membawa ingatan melayang ke zaman itu... Walau sebahagian besar paparan edisi awalnya hanya hasil kerja mesin taip, namun tetap menarik dan nostalgia...



Al-Hidayah.. nama majalah tahunan bagi Sekolah Menengan Agama Simpang Lima (SMKA Simpang 5) Sungai Besar Selangor.Sekolah ini juga agak popular dengan nama SEMKAS 5. Sekolah ini terletak di dalam kampung je..dikelilingi oleh pokok kelapa..pokok sawit.. bunyi katak lembu.. dan tak jauh dari jeti nelayan. 

Tapi...walaupun terletak di dalam kampung yang jauh dari jalan raya utama Klang-Teluk Intan... lepasan sekolah ini Alhamdulillah menjadi orang-orang yang berguna dan berjaya.

Eh...aku cerita majalah dah jadi cerita sekolah pulak...heheeee. Yang aku ada ni adalah jilid kedua (1990), ke-3 (1992) hingga ke-7 (1996). Boleh la gelak sorang-sorang tengok wajah rakan-rakan muda-muda dulu...Dan menarik juga baca 'motto' atau kata-kata hikmah masing-masing dalam ruangan pelajar SRP, PMR, SPM dan STPM....macam-macam ada....kehkehkeh...

No comments:

Post a Comment