Friday 3 June 2011

Kadar hujan...ketahuilah

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Fakta yang diberikan di dalam Al Qur’an mengenai hujan adalah bahwa hujan diturunkan ke bumi dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam Surat Az Zukhruf ayat 11 yang bermaksud;

"Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)."

Ibn Khatir melaporkan kenyataan Abdullah Bin Abbas dan Abdullah Bin Masud yang berkata, "Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain."

Kadar dalam hujan ini sekali lagi telah disokong melalui penelitian moden kerana pusingan hidrologi dunia menunjukkan kadar hujan yang turun setiap tahun adalah sama. Perkara ini juga disebut di dalam Wikipedia Encylopedia yang bersumberkan NASA dan United States Geological Survey. Pakar-pakar mengganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap tahun tanpa sebarang perubahan.


Sumber:
1. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains; Dr. Danial Zainal Abidin; PTS 2010.

2. http://www.keajaibanalquran.com/earth_rain.html

No comments:

Post a Comment