Monday 13 June 2011

Bola oh bola

Aku nak cerita pasal bola.Majoriti orang lelaki meminati sukan bolasepak. Setiap individu mempunyai pasukan pilihan untuk diikuti. Namun sejauh manakah setianya penyokong ini pada pasukan pilihan? heheee...cuba kita tengok.. kita ada di kategori mana?


Kategori 1:
Bila pasukan pilihan menang, punyalah sorak..sembang pung-pang sana sini seperti pasukan pilihan adalah sang juara.
Bila pasukan pilihan kalah, sorak takde la..tapi sembang pung-pang jugak membincangkan kenapa kalah dan analisa kelemahan pasukan.

Kategori 2:
Bila pasukan pilihan menang, punyalah sorak..sembang pung-pang sana sini seperti pasukan pilihan adalah sang juara.
Bila pasukan pilihan kalah, sorak takde la..sembang pun takde...senyap...hilang begitu saja.

Kategori 3:
Bila pasukan pilihan menang...."ooo...menang rupenye"...tak ambil kisah
Bila pasukan pilihan kalah..."ooo..kalah..takpe la"...tak ambil kisah


*Harap maklum. Bahasa dan ejaan yang digunakan tidak sesuai untuk rujukan akademik. Sila olah semula untuk kegunaan akademik.



No comments:

Post a Comment