Tuesday, 31 July 2012
Syaleza Jaffar TV9 Ditemui Mati Di Rumahnya Apartmen Saujana
Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai Sg Buloh kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam. Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam. Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam. kosmo
Teman Pengganti...Malique feat Black
Teman Pengganti..tajuk lagu gandingan Black dan Malique. Malique, Malique Ibrahim...satu nama yang tidak asing dalam kumpulan Too Phat, tidak asing dalam dunia hip-hop.. Mencipta nama bersama Joe Flizzow dalam Too Phat menerusi lagu Anak Ayam, Alhamdulillah dan banyak lagi...ok, cukup...back to track.
Teman Pengganti....jika diamati bait-bait liriknya....mampu untuk mengetuk hati setiap manusia yang memahami, membuatkan manusia kembali berfikir tentang realiti kehidupan dan alam mendatang. Apa yang berada disebalik? Sama-sama kita hayati
Download lagunya di sini
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Teman Pengganti....jika diamati bait-bait liriknya....mampu untuk mengetuk hati setiap manusia yang memahami, membuatkan manusia kembali berfikir tentang realiti kehidupan dan alam mendatang. Apa yang berada disebalik? Sama-sama kita hayati
Download lagunya di sini
Teman Pengganti (Lirik)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Hari Pahlawan
Selamat Hari Pahlawan buat Pahlawan-Pahlawan sekalian !!
Tema tahun ini "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera". Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.
Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Rayuan Hari Pahlawan satu perkara yang sinonim dengan Hari Pahlawan. Sejumlah sumbangan yang mampu disumbangkan kepada pihak yang berkenaan. Sumbangan adalah bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan untuk bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
Terkenang zaman sekolah dulu..ketika ini memang ditunggu-tunggu. Apa yang ditunggu? Pelekat sempena Rayuan Hari Pahlawan. Bukannya tunggu nk derma..yelah...budak-budak..mana la paham sangat apa itu derma...hehehee... Setiap tahun ada satu pelekat. setiap satunya dilekatkan pada kotak pensil...Hahahaaa...meriah...kalau ada 6 tahun maka berderet lah 6 pelekat (tu kalau tak tukar kotak pensil lah). Tapi tahun ini katanya setiap derma akan dapat sekuntum bunga raya....tak dapek la den nak menepek...
Iklan: Anda boleh menderma untuk Rayuan Hari Pahlawan melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201)....bukan akaun aku aa....
Lee Chong Wei Beraksi Panas
LEE Chong Wei menentang Ville Lang (gambar kecil), dari Finland, dalam kejohanan badminton Olimpik, London, sebentar tadi. Perlawanan yang agak mendebarkan dan memanaskan hati setiap penonton itu berlangsung selama 51 minit itu dimenangi Chong Wei dengan keputusan 21-8, 14-21 dan 21-11. Harap-harap dapat la emas ye..- Foto AP
Monday, 30 July 2012
Sadis: Dua cedera 40 mercun bola meletup
Rasanya....kes pertama semenjak Ramadhan 2012 ni.....40 biji tuuuuuu
Alor Setar: Dua cedera termasuk seorang parah dan berisiko buta apabila bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup dalam kejadian di Kampung Kuala Kangkong, Simpang Empat, di sini kelmarin.
Mohd Sohibullah Saad, 27, mungkin hilang penglihatan selepas mata kirinya terkena serpihan letupan mercun terbabit dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu. Turut cedera anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8.
Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, mulanya bermain mercun berkenaan seorang diri di halaman rumahnya sebelum disertai Tuah. Kanak-kanak berkenaan kemudian dikatakan membantu menyalakan sebiji mercun dipegang jirannya.
Bagaimanapun, tiba-tiba sumbu mercun yang sudah dinyalakan itu tertanggal dan terjatuh ke dalam kotak berisi stok mercun sama.
"Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan terbabit. Sebaik sumbu jatuh, semua mercun terbabit meletup. Saya dapat rasakan impak letupan menyambar muka, manakala Tuah pula terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Sohibullah.
Dalam keadaan pening dan berpinar, katanya, dia meminta bantuan penduduk kampung membawa mereka ke Klinik Ke sihatan Simpang Empat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, ketika dihubungi, berkata Sohibullah cedera mata kiri, namun dilaporkan stabil, manakala Tuah pula dirawat sebagai pesakit luar kerana cedera paha kanan dan mata.- BHarian
Sunday, 29 July 2012
Mohd Shahidan Kassim antara yang terkorban
Empat maut, manakala seorang lagi kritikal apabila kereta dinaiki lima sahabat terbabit dalam satu kemalangan jam 11.15 malam tadi.
Nahas yang membabitkan sebuah lori dan dua kereta itu berlaku di laluan pintas antara bandar Kuantan menuju pelabuhan.
Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Mohd Shahafiz Othman, 21 tahun, Muhd Taufik Abdul Rahman, 20 dan Mohd Shahidan Kassim, 26 tahun.
Manakala mangsa keempat, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19 tahun meninggal dunia jam 6 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Sehingga kini, seorang rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani dilaporkan sedang koma.
Kesemua mereka berasal dari Dungun, Terengganu.
Menurut saksi, kejadian berlaku apabila lori yang sarat muatan batu tiba-tiba keluar dari persimpangan jalan, menyebabkan kereta Proton Wira dinaiki lima sahabat yang datang dari arah Kuantan - gagal di kawal lalu melanggar bahagian tepi lori.
Sebuah kereta lain yang datang dari belakang kemudian merempuh kereta mangsa.
Bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit. - TV3
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa kejadian. Semoga rohnya dicucuri rahmat
Tandas Awam Suka Hati
Hhaaa....ni adalah yang ditemui oleh krew STOMP..daripada STOMP.com. Pakcik ni telah menjadikan bawah tangga jejantas dekat China Square Central sekitar jam 4pmsebagai tandas awam beliau. Silap-silap ramai lagi yang buat benda yang sama sebelum pakcik ni. STOMPer Ng terkejut bila tengok pakcik ni..
Emmm....biasanya tempat-tempat sebegini jadi tempat berteduh jika hujan atau panas terik...lepas ni ramai lah yang tengok-tengok dulu sebelum berteduh ye....
Siapa nak menang emas?
Yeahh...cakap pasal emas, pasti semua orang pasang telinga. Lagi-lagi dah nak raya nih.Sekarang anda berpeluang memenangi emas (medal emas wehhh..) melalui peraduan yang dijalankan oleh Maxis !!! Hadiah-hadiah lain yang menarik (mcm kt gambo di atas) juga disediakan.
Apa yang perlu anda buat? Mesti la kena buat sesuatu..takkan pejam mata je dapat hadiah..Anda perlu dapatkan "vote" dan "mengagumkan" duta-duta Maxis seperti Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Azizulhasni Awang, and Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Tunggu apa lagi !!!!....klik sini untuk langkah yang perlu dilakukan
Saturday, 28 July 2012
Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi
GEORGETOWN: Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, jam 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.
Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi individu menuju ke Batu Feringghi.
Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.
Azman berkata, kesemua suspek dipercayai turut terbabit dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lalu.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. - BERNAMA
Ayam masak ala-ala paprik
Haaa...ni resepi yang aku tengok kat tv...ingat-ingat lupa...ubah-ubah sikit mengikut citarasa....
Bahan-bahan: (ikut sedap la banyak mana...heehe)
Bawang besar
Bawang putih
Ayam
Daun saderi
Lobak merah
Serai
Garam
Gula
Lada hitam
Limau nipis
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Cili api
Daun limau purut (kalau nak la)
Tumis bawang besar, bawang putih. Dah naik bau tumiskan
ayam pulak. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul....masukkan
lobak, daun saderi..gaul....masukkan gula, garam, lada hitam, perasa (kalau
nak). Perahkan sikit air limau nipis untuk mengekalkan rasa dan menghalang
makanan dr cepat rosak
27-07-12 : Arsenal vs MC
Friendly match Arsenal vs Manchester City yesterday show The Gunners lost 0-2 to Manchester City in Beijing China.
Read from other report/forum, there are 3 lesson learned for Gunners:
1. Full-Back is the biggest defensive weakness
2. Francis Coquelin should be given an extended run in midfield
3. Arsenal Need Santi Cazorla
Read from other report/forum, there are 3 lesson learned for Gunners:
1. Full-Back is the biggest defensive weakness
2. Francis Coquelin should be given an extended run in midfield
3. Arsenal Need Santi Cazorla
Spider Girls...not a Spice Girls
Spider Girls...tapi mungkin satu hari nanti boleh jadi Spice Girls pula kot...
Sofya Dickson, baru berumur 3 tahun..menarik perhatian umum apabila berupaya memanjat pintu hingga ke atas...Pengunjung Youtube melebelnya sebagai "Spider Girls"!.Video ini dirakan olen pembantu rumah beliau..disebabkan video ini, ada syarikat yang menawarkan beliau untuk jadi bintang iklan. Haaaa....rezeki tu....lepasni, ada la kot yang nak ngikut juga
Sofya Dickson, baru berumur 3 tahun..menarik perhatian umum apabila berupaya memanjat pintu hingga ke atas...Pengunjung Youtube melebelnya sebagai "Spider Girls"!.Video ini dirakan olen pembantu rumah beliau..disebabkan video ini, ada syarikat yang menawarkan beliau untuk jadi bintang iklan. Haaaa....rezeki tu....lepasni, ada la kot yang nak ngikut juga
Malaysia Belasah Indonesia
Salam buat kalian...
Malam tadi berlangsungnya perlawanan bolasepak persahabatan antara Pilihan Malaysia menentang Indonesia U-22 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta Indonesia. Perlawanan ini juga bertujuan agi menguji persiapan kedua-dua pasukan ke Sukan SEA 2013. Kesudahan yang pahit utuk ditelah oleh pasukan Indonesia dan seluruh penyokongnya. Malaysia membelasah Indonesia 6-0 !
Minit ke-11,Ahmad Hazwan sudah meletakkan Malaysia di hadapan. Michael Kubala menjaringkan gol melalui sepakan penalti 5 minit kemudian bagi kedudukan 2-0. Minit ke 31 Azrif Nazrulhaq berjaya meletakkan nama sebagai penjaring. 3 minit berselang, pemain senior Amri Yahya menjaringkan gol ke-4 dan gol ke-5 Malaysia sebelum separuh masa pertama tamat.
Walaubagaimanapun, Indonesia berjaya mengekang kemaraan Malaysia pada separuh masa kedua. Di babak kedua, Malaysia Selection hanya mampu menambah sebiji gol, iaitu di minit ke-67 oleh Shukor Adnan.Tamat perlawanan Malaysia Selection 6 - 0 Indonesia U-22.
Syabbas Malaysia ! Hariamau Malaya Boleh !
Friday, 27 July 2012
Gulai Lemak Udang Bersama Nenas
Resepi seterusnya untuk dicuba untuk juadah berbuka...Gulai udang dengan nenas...pastinya bukan aku yang punya...Chef Wan yang punya...
BAHAN-BAHAN
Minyak
sayur
|
80 ml
|
Santan
pekat
|
800 ml
|
Gula
melaka
|
4 sudu
besar
|
Nanas
|
½ biji,
didadu
|
Udang
air tawar/udang biasa
|
500 g,
dibersihkan
|
Daun
selasih
|
40
helai
|
Limau
nipis
|
1 biji,
ambil jusnya
|
Garam
|
Secukup
rasa
|
Gula
halus
|
4 sudu
teh
|
Dikisar halus
Cili
merah
|
8
tangkai, dibuang biji
|
Kunyit
hidup
|
1 cm,
dikupas
|
Buah
keras
|
4 biji
|
Bawang
putih
|
2 ulas,
dikupas
|
Bawang
merah
|
8 ulas,
dikupas
|
Daun
ketumbar
|
4
helai, diambil akarnya sahaja
|
Belacan
|
1 sudu
teh
|
Serbuk
ketumbar
|
2 sudu
teh
|
Lengkuas
|
2 cm,
dikupas
|
Serai
|
3
batang
|
CARA
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah yang telah dikisar perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan, gula melaka dan didihkan selama 5 minit bersama nanas.
- Masukkan udang, daun selasih, jus limau, garam dan gula halus secukup rasa dan masak lagi selama 5 minit.
Aku, Kau Berbeza....Aku, Kau Istimewa
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki (seorang saksi lelaki menyamai dgn lebih seorang saksi perempuan). Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Subscribe to:
Posts (Atom)