Wednesday, 1 May 2013

AFC Cup 2013 : Kelantan dan Selangor Mara ke Pusingan ke-2


Dua gergasi bola sepak tanah air - Kelantan dan Selangor - mencapai apa dihajati apabila mencipta bangga mara ke pusingan kedua Piala AFC, malam tadi.
 
Kelantan gah muncul juara Kumpulan G selepas menundukkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV manakala Selangor menumpaskan wakil Singapura, Tampines 3-2 dalam saingan Kumpulan H di tempat lawan.


Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama malaui gol Obinna Nwaneri pada minit ke-43. Kelantan melebarkan kedudukan kepada 2-0 menerusi Nik Mohd Shahrul Azim pada mnit ke-70. Ayeyawady United merapatkan kedudukan pada minit ke 80 menerusi Nay Lin Tu. Mohd Badhri Radzi menambah jaringan untuk Kelantan 4 minit kemudian.

Sementara itu Selangor mendahului 1-0 menerusi jaringan sendiri Jufri Omar pada minit ke-28. Amri Yahyah melebarkan kedudukan pada penghujung babak pertama. Asraruddin memberikan gol sendiri kepada pihak lawan pula pada minit ke-50 sebelum Duric menyamakan kedudukan pada minit ke-58. Amri Yahyah muncul wira Selangor apabla menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76


No comments:

Post a Comment