Apa yang aku nak kongsi adalah pasal penutupan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh bagi kedua-dua arah. Bukan tutup semuanya...Gerai-gerai buah dan makanan masih beroperasi seperti biasa. Yang ditutup adalah bahagian Surau dan tandas sahaja. Ini berikutan kerja-kerja naik taraf Surau dan tandas R&R Temerloh ini.
Banting pemberitahuan penutupan Surau dan tandas R&R Temerloh
(Arah Kuantan dan Kuala Lumpur) dipasang di Hentian Sebelah Lanchang
Penutupan ini telah bermula sejak 1 April 2013 dan dijadualkan akan berkahir pada 31 Julai 2013. Jadi, jika anda mahu melepaskan hajat atau bersolat, sila lakukan di Hentian Sebelah Lanchang, Hentian Sebelah Chenor dan Kawasan Rehat & Rawat Gambang. Anda juga boleh melaksanakan hajat-hajat ini di stesen minyak Shell yang bersebelahan dengan R&R Temerloh ini.
No comments:
Post a Comment